Friday 1 March 2013

TERKINI…. PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

Tentera Diraja Kesultanan Sulu
Update terkini pencerobohan Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Lahad Datu Sabah. Pencerobohan yang berlaku dikatakan mempunyai kaitan dengan pergolakan yang berlaku di selatan Filipina dan PDRM mengesahkan pencerobohan tersebut adalah terdiri daripada Tentera Diraja Kesultanan Sulu bagi mengembalikan semula tuntutan ke atas Sabah. 

PDRM dalam kenyataanya telah menyediakan rancangan lain berhubung insiden pencerobohan dalam rundingan dengan kumpulan bersenjata tersebut yang diketuai oleh waris kesultanan Sulu iaitu Datu Esmail Kiram. Pesuruhjaya Polis Sabah memaklumkan rundingan sedang berjalan dengan para anggota kumpulan itu,. Selain itu, pihak PDRM yakin bahawa rundingan akan berjaya dilakukan secara aman agar dapat menghantar mereka keluar dari negara ini secepat mungkin.

Datu Esmail Kiram
Dianggarkan lebih 100 orang mendarat di pantai Lahad Datu menggunakan bot pancung dan bersenjata. PDRM dan ATM kini mengambil pendekatan ‘berhati-hati’ bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Kumpulan tersebut memilih Kampung Tanduao, yang terletak di bahagian timur yang paling hampir dengan kepulauan Filipina iaitu Bungay dan Sibutu. Kawasan itu sejauh 22 kilometer dari perairan antarabangsa dan jarak kampung tersebut ke kepulauan Filipina adalah kira-kira sejam dengan menaiki bot.

Kerajaan Filipina kini menggesa sekumpulan 100 warga negara itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka. Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina di Kuala Lumpur, Johann Veronica M. Andal berkata pasukan tentera dan polis negara itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia dalam usaha mencari penyelesaian segera insiden itu. Pada masa sama, rondaan dan langkah keselamatan lebih ketat dipertingkat diperairan Tawi-Tawi dan pulau bersebelahan.

Admin sangat setuju dengan kenyataan PDRM dimana orang ramai dinasihatkan supaya tidak percaya dengan khabar angin mengenai pelbagai andaian akan berlaku ekoran insiden pencerobohan sekumpulan tersebut. Andaian itu tidak menggambarkan situasi sebenar, sebaliknya keadaan di kawasan tersebut setakat ini masih terkawal. Rundingan dengan kumpulan tersebut adalah dalam keadaan tenang dan selamat. Setakat ini tiada kejadian buruk atau sebarang kekecohan yang berlaku.

ISTERI kepada Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat yang terkorban di Lahad Datu, Sabah, Nor Aziah Nor, 28, dipimpin saudara selepas mengetahui berita kematian suaminya, hari ini. Gambar kecil anak Allahyarham. - Foto L Manimaran
 
ISTERI kepada Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat yang terkorban di Lahad Datu, Sabah, Nor Aziah Nor, 28, dipimpin saudara selepas mengetahui berita kematian suaminya, hari ini. Gambar kecil anak Allahyarham.
 

No comments: