1. OptimistikPelajar
yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh
menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan
semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'
2. Jangan bersikap pesimistik Pelajar
cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan
mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri.
Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak
mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba
belum tahu.
3. Kesedaran memikul tanggungjawabPelajar
yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul
tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama,
bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah
keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada
generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang
sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan
berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.
4. Tumpuan sepenuh hatiPelajar
yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa
mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar
adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main
dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi
orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa
kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan
oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.
5. Mulakan dari awalPelajar
yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi
peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau
peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar
yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah
mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat
guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi
'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.
6. Sentiasa bersediaPelajar
yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk
ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian
bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan
yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan
mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda
andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!'
Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'
7. Lengkapkan peralatanPelajar
yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi
seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota
ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk
mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan
pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan semangat
untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan selepas
makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?
8. Tepati waktu belajarPelajar
yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang
hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang
berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar,
maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
9. Dapatkan bantuan guru/pensyarahPelajar
yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang
lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.
Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar
perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota
pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah
tertinggal itu.
10. Hormati guru/pensyarahPelajar
yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang
mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah
sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita
ilmu.
11. Bersoal jawab dengan guru/pensyarahPelajar
yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang
telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates
pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.
12. Beri pandangan membinaPelajar
yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses
pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan
pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut.
Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran
pelajar.
13. Berbncang dengan rakanPelajar
yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran
yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas
perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan
akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
14. Siapkan tugasan yang diberiPelajar
yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada
kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh
guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
15. Study GroupPelajar
yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama
rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan
dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yang akhirnya
menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dan gigih.
Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.
16. Sering masuk perpustakaanPelajar
yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang
lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan
buku-buku untuk dipinjam. Perpustakaan adalah gedung ilmu. Perpustakaan
juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda mentelaah pelajaran.
17. Baca akhbarPelajar
yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara khususnya ini merujuk
kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossip atau
artis.
18. Menonton rangcangan yang sesuaiPelajar
yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk
mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan
lain-lain lagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti
'Discovery') dan berita semasa.
19. Lakukan peperiksaan kendiriPelajar
yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri)
seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai
pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan
peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang
sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang
sebenar. Melakukan peperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke klinik.
Anda akan diberi tahu tentang 'penyakit' anda (kelemahan-kelemahan
anda). Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.
20. Sediakan jadual waktuPelajar
yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran
pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang
berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif.
Jadual ini mestilah dipatuhi.
21. Sertai ceramah motivasiPelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
22. Sertai seminar peperiksaanPelajar
yang cemerlang mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi
memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan. Sertainya
seminar-seminar yang dikendalikan oleh orang yang pakar dalam bidang
masing-masing. Selain daripada pengalaman, anda juga mungkin menerima
pelbagai tips dan petua berguna.
23. Beli buku rujukanPelajar
yang cemerlang membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat
memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan
senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat
pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang
kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih
memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
24. Masuk kelas tuisyenPelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
25. Lawatan ke pameran bukuPelajar
yang cemerlang mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang
diadakan. Kalaupun anda tidak membeli, sekurang-kurangnya jiwa anda akan
hampir pada buku dan ilmu. Jika anda selalu menziarah sumber ilmu, ilmu
itu pula akan sering menziarahi anda. Kalau anda masuk ke kedai minyak
wangi, keharumannya akan terlekat juga. Kalau anda masuk ke kandang
najis... (fikirlah sendiri)
26. Sertai kokurikulum sekolahPelajar
yang cemerlang menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam
kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak
yang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar. Otak yang
berkarat akan melahirkan pemikiran yang lembab.
27. Sanggup manghadapi cabaranPelajar
yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang
sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba
mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang
dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan
suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka
mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuan
kekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan yang maha
hebat. Pandai-pandailah membawa diri.
28. Jaga keselamatan diriPelajar
yang cemerlang menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang
bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya,
jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika
pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.
29. Jaga kesihatan fizikalPelajar
yang cemerlang menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari
sebarang bentuk penyakit. Makan makanan yang berzat. Kurangkan makanan
ringan atau 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau
membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang
malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
30. Makanan seimbangPelajar
yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan
yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang
dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai
untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
31. Malu bertanya sesat jalanPelajar
yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripada
pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan
abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau
contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka
dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu
sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
32. SembahyangPelajar
yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar Islam, tunaikan
sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama.
Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama
masing-masing.
33. DoaPelajar
yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada
Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan
minda pelajar.
34. TawakkalPelajar
yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika
gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan
kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan
semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang
lebih cemerlang.
by: Cikgu Mohd Afira Bin. Shamsuri