Friday, 30 March 2012

Hari Lahir Ku Kali ke-23 [baru 23 kut hihi]


Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan [23]. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus sihat Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku  ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.
kepada orang yang pertama  wish besday saya nanti,saya janji saya pun juga akan menjadi orang pertama wish besday kat awak..***** (aku publish kan awal 4 hari sebelum hari jd ku atas sbb2 tertentu)

Sunday, 25 March 2012

knowledge Sharing [bacaan dikelas]

Assalamuaikum...
aku nak cerita tentang knowledge sharing yang aku buat dalam kelas maintenance teknologi (MT) , biasa lar macam biasa hari selasa kelas maintenance mula jam 3-5pm. Sharing ni aku letak tajuk dia kenangan di masa tingkatan 5.

                                                                       CERITA
                                   baca dengan nadar penceritaan                                                                                 

hari ini aku nak cerita tentang kenangan di masa SPM[2006.
di sekolah aku duduk kelas no 2,aku juga ada 4 orang sahabat yang berkawan baik,jalan sama-2,rehat sama-2, Makan sama-2 .

Bila habis saja SPM kitaorang berpisah buat haluan masing-2 kiranya tak jumpa lar sebab,

1.masuk uitm pulau pinang buat diploma.
2.masuk tingkatan 6 sekarang ni belajar kat UM
3.Yang sorang ni kerja navy
4.dan aku pada masa tu sambung belajar kat unimap.

setelah beberapa tahun  [2012]

kawan aku yang kerja sebagai navy tu ada call aku untuk ajak aku ker majlis kawin dia pada12/3/2012

setelah beberapa hari kawin

kawan aku yang lain call cakap yang kawin baru ni dah meninggal *terkejut aku dengar berita tu*

kesimpulan:
1-Betapa pentingnya erti persahabatan,walaupun berpisah jauh tapi masih segar di ingatanku
2-Mati tidak mengenal siapa baru kawin ker apa ke.
3-Bersedia lah kita untuk terima kemungkinan untuk mati.

                                                                 tamat sudah 

Friday, 16 March 2012

Gedik Saya Hanya Untuk Isteri Saya [yelatu haha]


Status ini ditujukan buat bakal isteri saya yang belum pasti siapa dan kawan2 dengan ucapan:

"Tak reti-reti nak bgn tahajjud ke? Tak pandai solat tahajjud? Kalo tak pandai, meh sy ajar.

1. Niat dalam Bahasa Melayu pun boleh kalo tak reti sgt. 'Sahaja aku solat sunat tahajjud 2 rakaat kerana Allah Ta'ala.' Hati kalau ikhlas lagi cantek.

2. Pastu baca macam biasa, wajib baca Surah al-Fatihah.

3. Then, bacalah pape surah lazim yg dah penah hapal masa sekolah rendah dulu. 'Inna a'toina' pun boleh.

4. Di sujud akhir sebelum tahiyyat akhir tu, sujud biar lama sikit. Haa..situ doa kasi mengancam lubuk hati sikit sampai menitis air mata. Mintaklah keampunan Allah sebab sebaik2 doa adalah doa minta ampun ngn Allah. Nak minta hajat yang lain pun boleh. Setel.

Pastu, lepas solat bacalah al-Quran semukasurat kalo malas sgt2. Dgn itu, cukuplah syarat asas Qiyamullail (bgn malam). Praktis yg simple2 dulu. Dah rajin nanti, sy ajar solat Taubat dan solat Hajat lak. Slow-slow. Boleh punya. Tanak malas2 ye. Sy pun baru belajar jugak. Biar simple, janji khusyuk dan ikhlas. Jangan panjang, tapi tak istiqamah."

^_^

Tulus dari bakal husbandmu konon2nya.

~~****************~~~

p/s1: tq yer kepada tukang gambar yang melukis
p/s2:kepada kawan2 pun jgn lupa amal kan yer hihih

Monday, 12 March 2012

Tidak Ada Idea

aku rindu nak berblog tp aku xd idea n aku pening2 sikit kebelakangan ni…migrain agaknyer…ni pun aku update kerana rindu yang amat sangat…oh blogg sori r aku x update ko…bersawang sudah…nnti klu aku ader entri baru or ader aper2 yang baru dalam hidup aku ni…aku update ko ek…wat masa ni aku xd mood r…rase cam [...]...lepas jer balik KL nih, rasa penat sgt ,entah knp loh haha :P

Saturday, 10 March 2012

Sekadar Renungan Bersama [santai]

wwell2 hihi btw sekian tamat lar sudah episod santai ini hahahha.....semoga pembaca berpuas hati dengan gambar-2 ini semua
p/s- tukang gambar yg mencipta tq yer hihihi :P

Thursday, 8 March 2012

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah)


.¤*¨¨*¤.¸¸.¸.¤¸.¤*¨¨*¤.¸¸.¸.¤¸.¤
\¸.♥ Apa Itu Nikah Gantung? ♥.\
.\¸.¤*¨¨*¤.¸¸.¸.¤¸.¤*¨¨*¤.¸¸.¸.¤
..\


Apakah itu yang dimaksudkan dengan nikah gantung? Saya akan kongsikannya bersama anda

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

Monday, 5 March 2012

Kawan Baik


Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya
untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat
perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk
berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih
atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada
disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan
kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai
kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan
kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita
bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita
menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang
baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu
menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan
kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman
oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada
kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu
menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Amin Yarabbil Alamin.

p/s: jangan pening2 yer baca...baca dengan hati yang tenang insyallah kita sma2 boleh faham *sememangnya bukan mudah untuk menjadi teman,sabahat dan kwan yang baik ini*
10.36am dah skrng ni bye2 gerak ke kelas dulu yer *kelas high voltage*

Friday, 2 March 2012

Kaya Dan Miskin Ada Kelebihanya



Kaya dan miskin dah memang sinonim dengan kehidupan di dunia.ada orang lahir-lahir dah jadi kaya sebab bapak dia kaya.ada orang pulak start dari miskin dan atas usaha dan kerja yang bersungguh-sungguh dorang jadi kaya-raya.ada jugak orang yang mula-mula kaya raya lepas tu sebab bankrap jadi pulak papa kedana.walau apa pun, kaya dan miskin kita tetap hamba-Nya yang Maha Esa.Kadang-kadang orang yang miskin lebih kaya daripada orang yang kaya raya.

Ada orang miskin harta tapi kaya budi.
Wang harta bukan segalanya bagi golongan ni.kerja apa-apa pun tak kesa janji ada rezeki.nak bagi makan anak bini.tapi bukan dengan merompak atau mencuri.tak main la benda-benda keji macam ni.cuma yang halal sahaja yang kami cari.



Ada orang kaya harta tapi miskin budi
Dia ingat dia kaya di boleh buat suka-suka hati.rasuah sana rasuah sini.ugut sana ugut sini.halal haram dah tak kira lagi.nak projek berguni-guni.nak bagi untung kroni sendiri.kesianlah anak-anak bilis macam kami.periuk nasi kami tertutup takde sape nak peduli.eh pegilah mati...