Friday 16 March 2012

Gedik Saya Hanya Untuk Isteri Saya [yelatu haha]


Status ini ditujukan buat bakal isteri saya yang belum pasti siapa dan kawan2 dengan ucapan:

"Tak reti-reti nak bgn tahajjud ke? Tak pandai solat tahajjud? Kalo tak pandai, meh sy ajar.

1. Niat dalam Bahasa Melayu pun boleh kalo tak reti sgt. 'Sahaja aku solat sunat tahajjud 2 rakaat kerana Allah Ta'ala.' Hati kalau ikhlas lagi cantek.

2. Pastu baca macam biasa, wajib baca Surah al-Fatihah.

3. Then, bacalah pape surah lazim yg dah penah hapal masa sekolah rendah dulu. 'Inna a'toina' pun boleh.

4. Di sujud akhir sebelum tahiyyat akhir tu, sujud biar lama sikit. Haa..situ doa kasi mengancam lubuk hati sikit sampai menitis air mata. Mintaklah keampunan Allah sebab sebaik2 doa adalah doa minta ampun ngn Allah. Nak minta hajat yang lain pun boleh. Setel.

Pastu, lepas solat bacalah al-Quran semukasurat kalo malas sgt2. Dgn itu, cukuplah syarat asas Qiyamullail (bgn malam). Praktis yg simple2 dulu. Dah rajin nanti, sy ajar solat Taubat dan solat Hajat lak. Slow-slow. Boleh punya. Tanak malas2 ye. Sy pun baru belajar jugak. Biar simple, janji khusyuk dan ikhlas. Jangan panjang, tapi tak istiqamah."

^_^

Tulus dari bakal husbandmu konon2nya.

~~****************~~~

p/s1: tq yer kepada tukang gambar yang melukis
p/s2:kepada kawan2 pun jgn lupa amal kan yer hihih

3 comments:

zuriatiey said...

tq atas perkongsian benda yg sgt2 berguna untuk saya...

ieza ashaari said...

perkongsian yg baik dalam nada bersahaja.. :)

MOHD AFIRA said...

nada bersahaja tu mcm mana hihi??