Wednesday 30 January 2013

Cinta Pertama VS Cinta Kedua


Salam kebahagiaan buat semua ~ ~
Saya minum kopi tadi, jadi tak dapat tidur-tidur lagi. Tak serik-serik lagi kan? Haha.. Kopi, sedap.=p
Cinta pertama vs cinta kedua. Itulah isu yang dibangkitkan oleh pensyarah kami semasa kuliah dulu2 . Topik cinta nampaknya? Biasalah kan, sebagai remaja yang normal sememangnya berminat mendengar topik cinta. Eh, saya masih remaja ke?
Soalan cik pensyarah tadi lebih kurang berbunyi begini :
"Antara cinta pertama dengan cinta kedua, mana satu lebih manis bagi kamu?"
Cik pensyarah taklah tanya semua orang, beberapa orang je. Alangkah baiknya kalau beliau tanya semua orang dalam kelas, nak juga dengar luahan hati setiap rakan. Hehe..
Lepas tu, cik pensyarah berkata,
"Cinta pertama memang sukar dilupakan. Betul kan? Walaupun cinta kedua lebih hebat, lebih manis daripada cinta pertama, tapi cinta pertama itu takkan dilupakan. Betul kan? Kan?"
Seperti biasa, saya angguk je. Kalau tak angguk, mana tahu, dia tolak markah sahsiah pula. Haha!
Tapi saya memang setuju dengan kata-kata dia tu. Cinta pertama sememangnya sukar dilupakan, kerana ianya memberi kita pengalaman dan pengajaran dalam percintaan. Cinta pertama, itulah kali pertama kita bercinta, merasa untuk merindui seseorang yang bukan darah daging kita. Cinta pertama memberi pengajaran kepada kita. Contohnya, kita belajar untuk lebih memahami, memberi dan menerima.
Bak kata cik pensyarah,
"Walaupun menderita semasa cinta pertama, namun dialah yang paling diingati."
Sebabnya, dia adalah cinta pertama kita. Walaupun tak bahagia bersama dia, tapi itulah kali pertama merasai perasaan cinta. Biarpun cinta kedua lebih membahagiakan, tapi cinta pertama takkan dilupakan sampai bila-bila.
Cik pensyarah berkata lagi,
"Cinta kedua takkan sehebat cinta pertama lagi."
Itu ialah pandangan peribadi dia. Pada pandangan saya pula, cinta kedua lebih hebat kerana kita akan sentiasa memperbaiki kelemahan diri kita 'hasil pengajaran' dari cinta pertama. Kita akan menjadi lebih berhati-hati dalam bercinta. Kalau cinta pertama itu cinta separuh mati, cinta kedua itu biarlah sampai mati. Andai ada jodoh la...
Saya kagum dengan mereka yang terus berkahwin dengan cinta pertama mereka. Dah memang jodoh dari awal kan? Hehe..
 Nak tanya, siapakah yang ada di ingatan anda sekarang? Dialah yang anda cintai! (Sekadar teori buatan sendiri je ya, jangan percaya bulat-bulat)
 
 by : M.A.M.S

No comments: