Sunday 6 January 2013

tak mungkin hATiku berdusta

Hari ini aku sangat ingin berkongsi kisah seorang hamba Allah yang telah menceritakan kisah hidupnya kepada ku. Siapakah dia biarlah aku rahsiakan.. tetapi.. mungkin sedikit sebanyak perjalanan hidupnya ini boleh diambil sebagai motivasi diri buat mereka yang juga mengalami keadaan yang hampir atau serupa sepertinya… mudah-mudahan… =) … sebelum itu , aku meminta izin kepadanya untuk mengantikan dirinya dengan ‘aku’ agar aku lebih atau dapat menjiwa wataknya dalam kisah ini agar kisah ini dapat di sampaikan dengan lebih baik. insyaAllah… =)

Segalanya bermula disini…. 7 tahun dahulu…. Di pendekkan cerita….

Aku berkunjung ke rumahnya pada cuti persekolah . Dia bukanlah seseorang yang tidak aku kenali tetapi merupakan saudara yang boleh dikatakan bau-bau bacang dengan ku . Seingat aku , kami pernah berjumpa beberapa kali sebelum itu , tetapi, ketika itu kami masih lagi kanak-kanak hingusan(sekolah rendah lagi) ketika dia bersama keluarganya bercuti di kampung ku . Kini… aku telah tingkatan 3 dan dia di tingkatan 4…
Sesubuh di rumahnya….

Selepas solat subuh , aku mengulang hafazan al-Quran seperti biasa. Ketika itu aku telah pun menghafaz beberapa juzuk dari al-Quran di pondok tahfiz . Sedang asyik aku mengaji , tidak ku sedari aku sedang diperhatikan . Untuk beberapa ketika , dan akhirnya, saat aku mengangkat wajah , mata ku bertembung dengannya. Dia hanya menghadiahkan senyuman dan kemudiannya berlalu pergi . Saat itu aku merasakan sesuatu tetapi aku tidak pasti apakah dia . Yang pastinya semenjak dari saat itu , aku sentiasa ada mengambil perkembangan dirinya dari sepupu ku . Kesolehan yang jelas terpancar di wajah dan sikapnya bersama ibu dan adik-beradiknya melahirkan suatu rasa yang sukar untuk ku mengerti . Yang jelasnya , aku sangat mengagumi dirinya dalam diam dan hadir suatu perasaan yang aku pendam bertahun-tahun lamanya.

7 tahun kemudiannya..

Setelah sekian lamanya , kami telah dipertemukan semula di majlis perkahwinan sepupuku. Hati ku menjadi berdebar-debar saat melihatnya. Apakah tidaknya , dia adalah insan yang ku pendam perasaan sejak 7 tahun dulu . Meskipun begitu , segalanya aku rahsiakan daripada pengetahuannya. Masakan untuk meluahkan , untuk menegurnya sahaja aku tidak berani apatah lagi berbual mesra. Senyumannya seperti 7 tahun lalu dihadiahkan kepadaku. Aku membalasnya malu . Semenjak detik itu , dia memberanikan diri untuk menegur ku di ‘facebook’, berkongsi fikrah dan sebagainya. Aku membuat lagak biasa sahaja seperti tiada apa-apa di hatiku terhadap dirinya. Sehinggalah suatu saat…..

“ Masa saya tengok awak mengaji , hati saya berkata.. kan bagus andainya awak boleh jadi seseorang yang halal buat diri saya..?”, saat itu… aku sujud syukur kerana rupanya dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti ku sejak 7 tahun lalu. Siapa sangka… setelah pelbagai insan yang hadir dalam hidup ini , akhirnya aku di pertemukan semula dengan insan yang ada dalam hatiku sejak 7 tahun dulu . Subhanallah… tidak disangka-sangka… Alhamdulillah… sujudku syukur….. =)

Pada permulaan hubungan ini segalanya berjalan dengan baik. Aku dan dirinya berjanji untuk menjaga hubungan ini sebaik mungkin. Dirinya sangat memahami dan menghormati meskipun kami dari golongan yang berbeza. Dia bukanlah seorang ‘al-hafiz’ ataupun dari golongan ‘ustaz-ustaz’. Dia insan biasa. Dari fakulti kejuruteraan. Bagi diriku, dirinya bersederhana dalam kehidupan seharian. Seorang anak yang sangat mentaati kedua ibubapanya. Abang yang bertanggungjawab kepada adik-adiknya. Sangat menghormati orang yang lebih tua. Suka membantu insan-insan yang memerlukan semampunya. Tabah menghadapi ujian dan rajin berusaha. Pada ku , kehadirannya menjadi pembakar semangat di dalam kehidupanku . Dia juga seringkali mengingatkan aku pada cintaNYA… katanya.. biarlah rasa ini kita sandar dan serah kepadaNya… moga Allah mengurniakan yang terbaik buat diri kita… Moga kita dipertemukan dalam redhaNYa… Tiada lafaz ungkap rindu, sayang dan cinta… segalanya kami simpan sebagai lafaz rahsia yang pastinya penuh nikmat dan baraqah andai di takdirkan bersama… kau dan aku 1 rasa… 1 matlamat… mencari RedhaNYa…. Ya Allah.. Aku mencintainya kerana Mu dan kerana agama yang ada padanya…. Kata hati ku yakin….

“Disangka panas hingga hingga ke petang . Rupanya hujan di tengah hari . “

Hubungan ini terhalang apabila ibunya menyatakan dengan alasan bahawa aku telah di anggap seperti saudara. Tambahan pula, ibunya telah berkenan dengan seorang gadis buat dirinya . Gadis itu juga telah sering berkunjung ke rumahnya dan telah memenangi hati ibunya. Tambahan pula , gadis itu juga turut menyukai dirinya . Atas keadaan itu , hubungan ini terhenti sampai di situ sahaja. Aku menyerahkan segala-galanya hanya kepadaNya. Aku membawa diri bersama pengharapan sepenuhnya pada Illahi. Saat itu , hatiku begitu sakit berhadapan dengan keadaan ini. Tetapi aku tahu , hanya Dia sahaja yang bisa menjadikan yang tak mungkin menjadi mungkin…. Beransur-ansur aku cuba menjauhkan diri daripadanya… 1 sms kata-kata dariku sebagai pengertian darinya buat kali terakhir : -

Bismillah… “ bukannya diri ini telah berubah.. bukannya diri ini membenci… bukannya diri ini cuba melarikan diri … bukannya diri ini ingin menjauh… bukannya diri inisudah tidak sudi… bukannya diri ini telah melupakan… bukanlah segala-galanya seperti sangkaan mu… aku masih seperti dulu… hati ini tidak pernah berubah… meskipun layanan dan sikap ku pada mu ini tidak seperti dulu… pada ku , cukuplah diri mu ku semat dalam tasbih doaku.. aku tidak mahu diri mu lalai kerana diri ku… tawa , jenaka , senyuman , telatah ku serta segala-galanya biarlah aku simpan dahulu… akan aku persiapkan diri sehebatnya buat sang halal buat diriku ku kelak… mungkin saja diri mu yang bakal memilikinya , mungkin juga sebaliknya… aku hanya berharap dirimu juga seperti ku.. persiapkan diri sehabis baik buat hari muka… mungkin saat itu nanti andainya milik kita , kau pasti mengerti…Cinta ini bukan suatu mainan… akan ku serahkan sebagai ganti mahar hantaran ku buat diri mu… teristimewa dan terindah… buat ‘Adam’ yang ku nanti…”

Hanya Allah sahaja mengerti segala-galanya... Tak mungkin hatiku berdusta… Aku hanya ingin dirinya… Dipertemukan di dalam redhaNya… bersama melakar impian bersama… Mendidik generasi Islam yang berguna… impian kita adalah sama… berdoalah agar dimakbulkan impian kasih kita… bercinta sehingga ke JannahNYA… insyaAllah…amien….

Lagu Haramkah , Melly Goeslow terus dimainkan berulang-ulangkali… Airmata ini jatuh lagi… Tak mungkin hatiku berdusta…..

No comments: