Saturday 15 December 2012

LAWATAN KE CAMERON HIGHLANDS 2012

Nyum.... Stoberi kalau nak yang manis, kena pilih yang warnanya merah yang nak hampir ke maroon tu. Merah gelap. Yang tu manis. Sebab tu orang kata kalau nak makan stoberi manis kena makan kat atas [Cameron Highlands]. Bukan sebab buah tu berlagak diva pandai2 bertukar rasa masa kat tempat sejuk atau kat tempat panas. Tapi sebab yang merah2 gelap macam ni, tak tahan untuk dibawak turun. Yang ni yg dah betul-betul masak ranum. Kalau bawak turun, nanti dia berair kang takleh makan plak. Tapi kalau setakat nak bawak turun ke KL tu rasanya sempat lagi kot. Syaratnya lepas je sampai terus kena sumbat semua dalam mulut. Barulah terjamin kemanisannya. Apa-apapun, manis stoberi ni takde la manis yang macam buah mangga atau buah ciku tu. Manis stoberi still ada masam-masam sikit cuma bezanya sama ada masam tu pekat atau masam tu rasa nipis je.

2 comments:

dina kasyah said...

aihhh..mananya stoberi utk org KL??

MOHD AFIRA said...

untuk orang KL kita beli benda lain kat dia ~~~