Saturday 29 December 2012

KEMANISAN DISEBALIK KEPAHITAN INI

Seberat berat mana pun ujian yang ALLAH beri, ALLAH tidak akan berikan ujian yang melebihi kemampuan hambanya itu. Ujian yang diberi juga, adalah tanfa sayang dan kasih allah pada hambanya. Allah itu maha penyayang  setiap manusia yang allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup dalam dunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata dia langsung tidak pernah ditimpa musibah….

Allah menguji hambanya adalah untuk menguji setinggi mana keimanan seseorang itu kerana dengan ujian itu allah boleh melihat sama ada hambanya itu seorang yang mudah putus asa atau pun tak dalam menerima ujian. Sabarlah duhai insan sahabat .

ADA KEMANISAN DISEBALIK KEPAHITAN INI>>>

Jangan lah kita mengeluh dengan ujian yang allah berikan kerana habisnya satu ujian pasti akan tiba ujian yang baru pula dalam hidup kita. Dekatkan diri dan berdoalah kepada allah agar dikuatkan hati untuk cekal dan tabah dengan setiap ujian yang diberikan ..allah itu tidak pernah berasa jemu dengan setiap rintihan hambanya…ALLAH Itu maha mendengar.

Catatan 29dec2012


No comments: