Tuesday 11 December 2012

Bersangka Baik, Kerna Itu Yang Terbaik..

Bersempena hari jumaat yg mulia ni.. aku nak kongsi satu cerita dengan korang semua. Cerita ni, aku tak pasti korang pernah dengar ke tak.. tapi yg pasti aku akan cerita kat korang hari ni.. Ini bukan cerita drama tv3 k.. ni cerita betul yg tidak dpat dibuktikan kebetulannya..
Kisah seorang bergelar imam muda dikampungnya...yang mempunyai satu tabiat dimana amat gemar mencampuri rakan-rakan sebaya yang bergelar penagih dikampungnya.. Tabiat imam itu telah menimbulkan kecurigaan orang-orang kampung..sehinggakan si Imam itu telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai imam di masjid..atas alasan takut menimbulkan fitnah..

Pada suatu hari.. dikala imam muda tersebut sedang duduk bersantai sembang dengan satu kelompok penagih dadah..tiba-tiba diserbu oleh pihak polis diatas laporan polis yang dibuat oleh penduduk kampung...Imam muda tersebut bersama-sama dengan para penagih dadah digiring ke balai polis..

Semasa sesi soal siasat...

Imam muda tersebut disepak terajang dan ditengking oleh anggota polis tersebut..

"BUAT MALU JE KO NI..NAMA SAJA BELAJAR AGAMA..TAPI BERGAUL DENGAN GOLONGAN SAMPAH MASYARAKAT!"

Kemudian...salah seorang penagih tersebut bangun cuba mempertahankan imam muda tersebut...dan berkata..

"BRO...DIA NI (IMAM) SELALU LEPAK DENGAN KITAORANG...BUKAN DIA NAK BELAJAR HISAP BENDA TU BRO...DIA DUK SEMBANG DENGAN KAMI CERITA PASAL TUHAN BRO...LU JANGAN NAK MARAH2 SAMA DIA...SEKALI GUA BOOO BARU LU TAU!...LU APA TAU...YANG LU TAU ...TANGKAP KITAORANG PASTU..MAKI HAMUN...ADA KORANG DATANG KAT KITAORANG...CERITA PASAL TUHAN?"
--------------------------------------TAMMAT-----------------------------------------------------------
Ok.. melalui cerita ni, apa pengajaran yg boleh kita ambil sebagai input dan apa yg boleh kita kluarkan sbgai output..?
Pengajaran penting dlm story nie adalah, kita jangan la tinggalkn kerja2 dakwah, dan jgan pulak menjadi penghalang bg org lain utk berdakwah...tak kan dakwah kita hnya untuk mnyeru org2 yg dah baik sahaja, saper lagi yg akan ajak golongan2 yang lagha nie plak? kita tetap kna lakukan dakwah utk diorg, wlaupun usaha nmpak seperti sia2 tp ketahuilah, Allah sntiase melihat usaha kita ..
Hopefully ..  kita semua, jadilah sperti kisah burung kecil yg punya usaha untuk memadamkn api yg membakar nabi Allah Ibrahim... walaupun kita lihat benda ni tak masuk akal.. namun ketahuilah.. Allah sentiasa ada untuk menolong orang yg istiqamah dalam sesuatu perkara..

No comments: