Wednesday 22 February 2012

kejayaan

SITI HAJAR menerima ciuman tahniah daripada suaminya pada majlis penyampaian ijazah dan diploma UTM di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Berkahwin waktu belajar masih boleh berjaya.

Itulah yang dibuktikan Siti Hajar Aiyshah Yunus, 22, dan suaminya, Muhammad Suffian A. Rahim, 25, yang menerima diploma masing-masing pada Majlis Penyampaian Ijazah dan Diploma Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi Graduan Program Kerjasama dan Program Eksekutif 2010 di sini semalam.

Mereka mengambil jurusan yang sama iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik dengan Siti Hajar memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.68 manakala suaminya, 3.21.

Lebih menarik, pasangan itu yang berkahwin pada 2007 ketika di tahun dua, turut dikurniakan dua anak, Aiyshah Humairah, 2, dan Muhammad Amzar Hamizan, empat bulan.

"Ketika hendak berkahwin, keluarga mulanya membantah tetapi apabila kami beri sebab-sebab yang munasabah, mereka akhirnya bersetuju.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.22/2/2012

Tapi sebenarnya, kalau nak cemerlang ni, bila - bila pon boleh, asalkan rajin berusaha. Contoh la, kalau kita kahwin sekalipun dan tak baca buku untuk exam, rasanya boleh cemerlang ka ? macam tu juga dengan kalau kita berdoa tanpa usaha boleh cemerlang ka ? dan kalau kita minum air zam - zam , yassin dan sebagainya tapi tak berusaha dan bertawakal kepada allah boleh cemerlang ka ? semua persoalan itu anda sendiri yang tahu jawapannya. Sesungguhnya, tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha yang gigih. Oleh itu, marilah sama -sama kita tanamkan azam, terus berusaha untuk cemerlang di dunia dan di akhirat . Amin...



No comments: