Sunday 7 October 2012

Alhamdulillah


Terima Kasih Ya Allah...
atas kurniaan yang berharga dariMu

Maha Suci Engkau yang mengetahui kebutuhan hambaMu ini..
walau diri ini penuh noda dan dosa..
Kau tetap mengurniakan nikmat yang tak terhingga..

Kau hantar 'dia' sebagai penjaga..
sebagai pendorong..
dan pembakar semangat..
yang sentiasa menegur andai diri ini tersimpang..
walau kadang hati ini terguris akibat teguran darinya..
namun itulah yang diharapkan dari seorang sahabat..
itulah yang akan membuahkan ukhuwwah sejati
antara 2 hati yang berteman keranaMu..
saling menegur dan menerima demi kebaikan..

MasyaAllah..moga diri ini dapat terus dibaiki..

Terima kasih yaAllah..
walau 'dia' sering mengatakan dirinya lebih banyak kelemahan berbanding diriku..
namun setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan kerana tanpanya..
mungkin aku sudah tersungkur,terus dibuai nafsu duniawi..

'dia' yang sebenanrnya telah banyak mengajarku
kerana kadangkala
orang yang lebih banyak mengetahui itu sukar untuk melihat kesalahan diri sendiri..
bahasa mudahnya..egoistik!

kadangkala terdetik dalam hati..
masih adakah peluang bagiku untuk menebus segala dosa dan kesalahanku yang tinggi melangit..

Astaghfirullah..
ingatkanlah diri ini selalu ya Allah..
sesungguhnya Engkau lebih mengetahui bahawa diri ini hamba yang lemah..
janganlah aku diuji dengan sesuatu yang tak mampu ku tanggung..

Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa-dosanya..
jadikanlah kami di antara hamba-hambaMu yang sentiasa diberkati..
dan diredhai..
kekalkanlah ukhuwwah kami
dan moga hati kami sentiasa disinari cahaya hidayahMu..
serta diiringi taufiq..
yakni kekuatan untuk menjalankan dan menegakkan kebenaran..

Alamdulillah ya Allah atas kurniaanMu yang sungguh bermakna ini..
moga saja diri ini sentiasa dilindungi dari maksiat yang akan menggelapkan dan mengotori hati..

Terima kasih ya Allah atas pemberian seorang SAHABAT pada ku..

esp for my dearest friends..
ukhuwwah fillah!
[kk5/B1/404---> kita kawan sampai mati :) ]

p/s: PSM..focus! '-_-

No comments: