Friday, 19 October 2012

khas untuk tatapan kawan-kawan

(Entry ni guwa buat khas untuk tatapan kawan-kawan guwa yang sedang putus cinta, dan pada sesiapa yang rasa akan putus cinta dan telah putus cinta. Moga ada kegembiraan untuk kalian)
Walla ! Hari ni ramai member-member aku yang dok mengadu kisah cinta diorang dah sampai ke pengakhiran. Kadang-kadang aku rasa nak sedih gak bila tengok member dah menitis setitik demi setitik air mata, kadang-kadang aku rasa nak gelak lak bila tengok ada juga member yang emosi sangat-sangat. Lelaki nangis ? Walla ! Oleh sebab aku ni pernah dididik untuk menjaga adab sesama kawan, maka aku pendamkan saje rasa nak gelak tu.
Sebenarnya,aku sendiri pernah *s* putus cinta, siap tulis dalam belog bagai. Meratap lah. Masuk bilik air tak keluar-keluar. 2×5 je.
Bagi aku cinta satu benda yang suci. Yang membangkitkan satu kekuatan dalam diri korang untuk lebih semangat menghadapi hari-hari mendatang. Seriyesly, kalau cinta tu diletak pada tempat yang betul, sebagai seorang student, korang akan rasa lebih bersemangat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Kalau seorang pekerja, korang akan berkerja dengan bersungguh-sungguh. Sebabnya, korang akan bersemangat untuk beri yang terbaik kepada pasangan korang.  Ye dak ? Takkan nak tanggung malu kot. Awek pandai, ang macam haram. Awek gaji tinggi, hang sekadar cukup makan je.
Dengan cinta, dunia setiap orang akan jadi lebih indah.
Dari cinta, banyak benda yang mendewasakan aku untuk jadi orang yang lebih baik, lebih fokus dalam menjalani kehidupan.  Dan dari pertukaran-pertukaran pasangan tu, sebenarnya aku dan korang boleh belajar bermacam-macam jenis orang atas muka bumi tuhan ni.
Bukan aku galakkan korang jadi playboy. Tak – tak.
Cuma aku nak tekankan, hari ini, kalau korang ditinggalkan, nangislah sepuas-puasnya, tapi make sure, air mata tu masih ada untuk tangisan-tangisan lain. Air mata tak semurah macam tu sebenarnya. Banyak benda dalam kehidupan ni yang perlukan tangisan, tapi tak semua tangisan tu membawa kepada erti kesedihan. Menangis masa hari pertama kahwin, menangis dapat keputusan periksa yang bagus, menangis dapat menjejakkan kaki ke kota mekah. kan ?
Tuhan tu maha adil. Hari ini, dia jumpakan kita dengan orang yang salah, supaya satu hari nanti, kita akan lebih berhati-hati dalam memilih orang yang betul. Seriyes.
Hari ini, korang ditinggalkan, apa kata korang muhasabah balik apa silap korang. Jangan sedih. Cari isteri ni tak semudah cari awek. Lagipun, kita nak hidup dengan dia lama kan, mungkin sampai mati, takkan nak cari dia bukan main senang.
Mungkin ada, bagi yang belmu pernah bercinta. Semoga mereka ini terus di bawah naunganNYA,
So, nasihat guwa yang naif ni untuk korang ! Tenang, hargai setiap hari-hari yang mendatang dengan semangat. Ingat, setiap orang ada jodoh masing-masing. Kalau tak ada kat dunia, inshaAllah, ada kat akhirat kelak.
Setakat ini tazkirah kita pada hari ini dari ustaz terompahcaring.
Sekian.
P/S : hari ini, aku bersama cik awek. Esok, lusa, tulat belum tentu. andai tak ada jodoh, Aku cuba kenal apa itu HIKMAH ! Walla ~

1 comment:

mohd afira said...

hahah kemas lar sgt :p