(Entry ni guwa buat khas untuk tatapan kawan-kawan guwa yang
sedang putus cinta, dan pada sesiapa yang rasa akan putus cinta dan
telah putus cinta. Moga ada kegembiraan untuk kalian)
Walla
! Hari ni ramai member-member aku yang dok mengadu kisah cinta diorang
dah sampai ke pengakhiran. Kadang-kadang aku rasa nak sedih gak bila
tengok member dah menitis setitik demi setitik air mata, kadang-kadang
aku rasa nak gelak lak bila tengok ada juga member yang emosi
sangat-sangat. Lelaki nangis ? Walla ! Oleh sebab aku ni pernah dididik
untuk menjaga adab sesama kawan, maka aku pendamkan saje rasa nak gelak
tu.
Sebenarnya,aku sendiri pernah *s* putus cinta, siap tulis dalam belog bagai. Meratap lah. Masuk bilik air tak keluar-keluar. 2×5 je.
Bagi
aku cinta satu benda yang suci. Yang membangkitkan satu kekuatan dalam
diri korang untuk lebih semangat menghadapi hari-hari mendatang.
Seriyesly, kalau cinta tu diletak pada tempat yang betul, sebagai
seorang student, korang akan rasa lebih bersemangat untuk belajar dengan
bersungguh-sungguh. Kalau seorang pekerja, korang akan berkerja dengan
bersungguh-sungguh. Sebabnya, korang akan bersemangat untuk beri yang
terbaik kepada pasangan korang. Ye dak ? Takkan nak tanggung malu kot.
Awek pandai, ang macam haram. Awek gaji tinggi, hang sekadar cukup makan
je.
Dengan cinta, dunia setiap orang akan jadi lebih indah.
Dari
cinta, banyak benda yang mendewasakan aku untuk jadi orang yang lebih
baik, lebih fokus dalam menjalani kehidupan. Dan dari
pertukaran-pertukaran pasangan tu, sebenarnya aku dan korang boleh
belajar bermacam-macam jenis orang atas muka bumi tuhan ni.
Bukan aku galakkan korang jadi playboy. Tak – tak.
Cuma
aku nak tekankan, hari ini, kalau korang ditinggalkan, nangislah
sepuas-puasnya, tapi make sure, air mata tu masih ada untuk
tangisan-tangisan lain. Air mata tak semurah macam tu sebenarnya. Banyak
benda dalam kehidupan ni yang perlukan tangisan, tapi tak semua
tangisan tu membawa kepada erti kesedihan. Menangis masa hari pertama
kahwin, menangis dapat keputusan periksa yang bagus, menangis dapat
menjejakkan kaki ke kota mekah. kan ?
Tuhan tu maha adil. Hari
ini, dia jumpakan kita dengan orang yang salah, supaya satu hari nanti,
kita akan lebih berhati-hati dalam memilih orang yang betul. Seriyes.
Hari
ini, korang ditinggalkan, apa kata korang muhasabah balik apa silap
korang. Jangan sedih. Cari isteri ni tak semudah cari awek. Lagipun,
kita nak hidup dengan dia lama kan, mungkin sampai mati, takkan nak cari
dia bukan main senang.
Mungkin ada, bagi yang belmu pernah bercinta. Semoga mereka ini terus di bawah naunganNYA,
So,
nasihat guwa yang naif ni untuk korang ! Tenang, hargai setiap
hari-hari yang mendatang dengan semangat. Ingat, setiap orang ada jodoh
masing-masing. Kalau tak ada kat dunia, inshaAllah, ada kat akhirat
kelak.
Setakat ini tazkirah kita pada hari ini dari ustaz terompahcaring.
Sekian.
P/S
: hari ini, aku bersama cik awek. Esok, lusa, tulat belum tentu. andai
tak ada jodoh, Aku cuba kenal apa itu HIKMAH ! Walla ~
1 comment:
hahah kemas lar sgt :p
Post a Comment