Assalamu'alaikum,
Semoga semuanya berada dalam rahmat Allah SWT.
Pertamanya,
saya kena sedar yang saya ini tidak pergi ke sana. So, adalah amat
berbeza dengan orang yang keluar, dan orang yang hanya duduk sahaja.
Jadi penulisan saya ini sekadar daripada pemerhatian saya setelah
membaca dan menonton pelbagai sources.
Apa yang saya
lihat, BERSIH ini perlu dilihat secara menyeluruh. Bukan pada
detik-detik terakhir semata-mata. Berdasarkan makluman ramai yang saya
kutip-kutip, juga streaming Twitter yang saya ikuti kadangkala,
termasuklah laporan-laporan dari pelbagai website, menyatakan bahawa
BERSIH memang aman hinggalah tamat ucapan kepimpinan. Dikatakan, pada
pukul 2.00 petang, majoriti duduk sebagaimana yang dirancangkan.
Dinyatakan
majoriti menghormati Azan Zohor berkumandang dan senyap. Dinyatakan
bagaimana pihak Polis memberikan kerjasama dengan baik, bahkan ada
peserta-peserta yang menyebarkan bunga, serta cuba bermesra juga dengan
FRU, ada edaran air mineral percuma, juga dikatakan ada peristiwa
peserta BERSIH memberikan laluan kepada konvoi bermotor(ada riwayat kata
polis, ada riwayat kata posmen. Tetapi riwayat beri laluan kepada
konvoi itu konsisten). Dinyatakan, apabila tidak dibenarkan masuk ke
Dataran, peserta duduk di mana sahaja mereka berada kala pukul 2.00
petang itu.
Bahkan, sekumpulan manusia yang turun ke
BERSIH 3.0 melaporkan bahawa, komentar orang awam juga peserta yang lain
ketika itu adalah: "Nampaknya, BERSIH kali ini lebih aman dari yang
tahun lepas."
Maka tidak hairanlah, dikatakan BERSIH 3.0 ini berjaya.
Baik,
laporan di atas ini, sangatlah konsisten. Setakat yang saya tanya, dan
saya observe, semua bersetuju menyatakan bahawa BERSIH 3.0 bermula dan
berjalan secara aman. Saya tidak pasti kalau-kalau media nyatakan atau
tidak perkara seperti apa yang saya nyatakan ini.
Namun,
selepas semuanya selesai, ketika inilah bermula provokasi. Ada
sebilangan laporan yang saya terima, dikatakan bahawa ada segelintir
pendemo yang tidak berpuas hati tidak dapat 'menawan' Dataran. Mereka
mengangkat barricade. Ada juga laporan lain, yang tidak sedikit
meriwayatkannya, berkata bahawa polis yang memberikan laluan, membuatkan
orang gembira dan mengekori mereka yang hendak pergi ke Dataran.
Rata-rata sumber menyatakan, ini adalah titik permulaan kekecohan.
Oleh
kerana saya tiada di sana untuk betul-betul memutuskan mana satu
peristiwa yang betul berlaku, jadi saya tidak boleh memberikan keputusan
di sini. Namun, berikut adalah konklusi saya akan kekecohan yang
berlaku:
1 - Saya amat yakin, setelah melihat keamanan
yang panjang dari pagi hingga ke petang, mustahil Peserta-peserta BERSIH
secara majoriti ingin merosakkan 'rekod BERSIH terbaik' mereka ini.
Jadi jika ada yang berkelakuan buruk, itu adalah segelintir. Dan
mungkin, yang segelintir inilah yang angkat barricade(jika benar cerita
orang BERSIH yang angkat Barricade). Dan saya bukanlah tidak tahu,
bahawa dalam dunia ini ada makhluk yang bernama SB(Special Branch) yang
boleh menyusup ke dalam orang ramai, dan melakukan kekacauan ini. Tetapi
saya malas nak tuduh SB dalam hal ini. Katalah memang segelintir orang
BERSIH yang buat.
2 - Yang menjadikan ramai orang ikut
mereka ini(yang angkat barricade) itu, pendapat saya, adalah kerana
memang Polis memberikan laluan mudah. Di sini persoalan, mengapa polis
yang gagah menjaga sepanjang siang, tiba-tiba tidak boleh benar-benar
tegas menghalang atau menangkap perbuatan segelintir orang yang angkat
barricade ini bagi menghentikan flow manusia ke Dataran? Ini keanehan
saya. Sebab saya yakin, kalau Polis atau FRU ketika itu bertegas
menangkap mereka yang angkat Barricade, membuat pengumuman tegas agar
bersurai, mungkin majoriti peserta BERSIH yang lain tidak akan
mengekori.
3 - Justeru, bila peserta-peserta yang merasa
aman untuk pergi ke Dataran, melihat betapa mudahnya jalan yang
diberikan kepada mereka, maka mereka pergi dengan keadaan yang girang.
Tetapi, diriwayatkan kepada saya dalam bilangan yang ramai bahawa -
Ketika inilah polis mula menyembur air dan menembak gas pemedih mata.
Maka huru-hara pun bermulalah.
4 - Kita perlu memahami
realiti bahawa peserta BERSIH itu ramai. Dan bukan semuanya mahu pergi
ke Dataran itu. Ada yang sudah bersiap untuk pulang. Ada yang tidak
berada di sana pun, tetapi di tempat lain. Kita dapat bayangkan
huru-hara yang berlaku atas 'peristiwa mengejut' ini. Hanya kerana
sebahagian kecil, polis hentam semua sama rata. Gas Pemedih Mata dan
Penyembur Air itu pergi kepada semua orang, menyakitkan semua orang.
Menjadikan orang ramai, yang semenjak siang telah membina kepercayaan
kepada pihak polis, rasa terkhianat. Menimbulkan amarah yang tinggi
sebilangan peserta BERSIH yang lain. Ini ditambah pula, dengan
polis-polis yang memukul dengan ganas dan kasar peserta-peserta. Bahkan,
ada peserta yang telah ditangkap, pun masih ditendang dan dipukul.
Semestinya sesiapa yang melihat perkara ini marah, dan akan bertindak
kasar juga. Ini namanya Mass Effect.
5 - Kes kereta
langgar orang, saya kira telah mendapat pelbagai penjelasan. Pada saya,
nak marah kereta polis itu langgar orang, kita kena ambil kira yang
kereta polis itu sendiri sudah hancur dikerjakan orang sebelum
pelanggaran berlaku. Berbanding 'memang dia niat nak langgar orang',
saya lebih kepada 'dia hilang kawalan kenderaannya, lalu berlakulah
kemalangan'. Apa yang terjadi itu, terjadilah. Polis langgar orang,
orang pukul polis kerana sangka dia berniat jahat. Namun kena jelas juga
bahawa, terdapat beberapa peserta BERSIH lain yang berusaha melerai dan
menghentikan pembelasahan itu. Kemudian Kereta diterbalikkan, kerana
risau ada orang di bawah kereta polis. Ini kesimpulan saya selepas
melihat pelbagai video akan peristiwa itu, juga penjelasan dari pihak
Pro dan Anti BERSIH. Dan apabila orang menyangka 'polis memang sengaja
langgar' dan melihat peristiwa pelanggaran ini, nyata mereka naik marah
lagi.
6 - Jadi, apakah BERSIH salah? Saya akan kata tidak.
Pertamanya kerana kekecohan berlaku setelah tamat semuanya. 10 jam yang
sangat aman hingga tamat secara rasminya. Jadi, acara BERSIH itu
sebenarnya telah berakhir dengan aman dan berjaya. Keduanya, memahami
Mass Effect, pada saya kejadian sebegini dapat dielakkan sekiranya Polis
tidak menyembur air dan gas pemedih mata kepada semua. Bahkan, saya
amat yakin, sekiranya Polis benar-benar bertegas dan tidak memberikan
laluan mudah untuk mereka ke Dataran, maka yang berdegil itu akan
dihentikan sendiri oleh peserta BERSIH yang lain. Tidak terjadilah apa
yang terjadi.
7 - Pendapat saya, sekiranya benar-benar
BERSIH bertujuan membuat huru-hara, memang mereka bertujuan membuat
kekacauan, saya kira mereka tidak perlu kepada 10 jam yang aman tadi.
Mereka tidak perlu menjaga solat. Baik mereka turun, bila angka sudah
ramai, rempuh dan angkat sahaja barricade itu awal-awal. Tetapi
nyatanya, bukan itu yang berlaku dari awal hingga akhir acara rasmi
BERSIH. Selepas itulah baru berlakunya huru-hara ini. Angkat barricade
dan memudahkan perjalanan ke Dataran kemudian mula menyembur air dan
menembak gas pemedih mata, hakikatnya adalah satu PROVOKASI. Sekali
lagi, dengan teori Mass Effect, provokasi ini akan memberikan kesan
kepada orang ramai lain yang mengikuti BERSIH.
8 -
Pandangan saya terhadap Pihak Polis. Pada saya, gas pemedih mata dan
penyembur air adalah satu tindakan yang tidak patut, apatah lagi bagi
majoriti peserta BERSIH lain yang jelas melarikan diri. Kenapa
kelihatannya tidak ada perancangan atau usaha untuk 'memandu' peserta
BERSIH ini bersurai dengan baik? Tangkap sahaja yang angkat Barricade
itu, dan kemudian untuk Peserta BERSIH yang lain, tunjukkan jalan buat
mereka. Sebagaimana polis-polis yang menguruskan demo-demo yang berjalan
di negara lain.
Ini, mereka semua dilayan sama rata.
Disembur air, ditembak gas pemedih mata. Memanglah jadi huru-hara.
Kemudian, apa yang lebih terkilan lagi adalah, ada peserta yang selepas
ditangkap, dipukul-pukul lagi. Selepas dijatuhkan, ramai-ramai anggota
berpakaian seragam menendang, memijak. Bahkan, ada wartawan, kameranya
dirampas dan diperlakukan dengan kasar.
Lebih menyedihkan
hati saya, adalah rakyat yang memerhati secara online, dengan mudah
memberikan komen tidak berperi-kemanusiaan seperti: "Padan muka.", "Ini
mesti ada buat jahat ni, sebab itu polis buat begitu pada dia." Perompak
pun polis tak boleh pukul lepas kena tangkap. Apatah lagi
pendemonstrasi? Jadi bagaimana tindakan ini boleh dikatakan: "Okay la
tu."?
Dan yang menyedihkan, dari sebilangan riwayat yang
saya dengar, mereka menyatakan bahawa - "Orang-orang yang ajak rempuh ke
Dataran itu, tidak ditangkap oleh polis, dan kemudian hilang."
9
- Media-media utama juga, pada saya membesar-besarkan peristiwa
huru-hara. Memetik gambar-gambar yang boleh dipergunakan untuk
menunjukkan kekasaran dan sebagainya, sedangkan gambar-gambar itu kalau
ditunjukkan dalam bentuk video, disambung beberapa gambar lain, akan
menunjukkan betapa apa yang diberitakan media-media utama tidak benar.
Angka peserta BERSIH dinyatakan dengan angka yang sangat sedikit.
Kemudian tindakan polis memijak dan memukul perserta berlebihan, tidak
diangkat. Kisah polis yang tercedera pula dibesar-besarkan, dan kisah
kereta terbalik dimainkan dengan penuh efisyen!
Konklusi akhir saya, untuk menutup pandangan saya berkenaan BERSIH adalah:
Peristiwa
BERSIH perlu dipandang secara menyeluruh. Bukan di akhir-akhirnya
sahaja. Kita nak besarkan Isu Sampah merata-rata contohnya, kita kena
faham yang Peserta BERSIH hakikatnya ada sebilangan mereka bertugas
kutip sampah. Tetapi apa yang kita expect selepas kena water canon dan
tear gas? Orang lari la. Campak segala apa yang ada di tangan untuk
mudahkan larian.
Saya lihat, kalau kita pandang BERSIH ini
secara menyeluruh, dari pelbagai angle, kita akan nampak bahawa BERSIH
itu sendiri hakikatnya berjaya.
Dan huru-hara ini tidak
akan berlaku, sekiranya ditangani dengan baik oleh Pihak Berkuasa. Kita
juga, tidak akan buta-buta menyokong semua tindakan dari Peserta BERSIH
yang ada. Kita kena faham, memang ada tindakan, tidak patut disokong,
seperti bertindak membaling kon, batu, dan sebagainya. Saya tidak
bersetuju kenapa kereta polis itu kena dibaling batu dan kon dan
sebagainya hingga menyebabkan perlanggaran.
1 comment:
Assalamuaalaikum
aku x berpuak pada mana2 pihak
sekarang aku duduk kat KL dan aku sendiri x join bersih sebab ada perkara mustahak dari pergi ke perhimpunan bersih.
jadi pendek kata aku x tau apa yang terjadi masa perhimpunan bersih berlangsung
aku suka ko punye pandangan...ko ambil kira PRO dan CON penyokong bersih. aku lebih suka dari pandangan blog PRO dan CON penyokong bersih sebab for sure diowangkan menagkan pihak diowang...
input dari aku yang aku boleh cakap
memang ada pihak yang main kotor dalam bersih...
aku sendiri dengar dari polis yang pergi sendiri berkawal masa bersih...aku dengar dari kawan sekerja aku yang pergi...
memang ada suspicious scenario yang berlaku...
anyway this is one of the entry, cerita pasal bersih yang x bies, dan bagus untuk aku terima
Post a Comment