Sunday 29 April 2012

Sekadar Pandangan [BERSIH 3.0]

Assalamu'alaikum,
Semoga semuanya berada dalam rahmat Allah SWT.

Pertamanya, saya kena sedar yang saya ini tidak pergi ke sana. So, adalah amat berbeza dengan orang yang keluar, dan orang yang hanya duduk sahaja. Jadi penulisan saya ini sekadar daripada pemerhatian saya setelah membaca dan menonton pelbagai sources.

Apa yang saya lihat, BERSIH ini perlu dilihat secara menyeluruh. Bukan pada detik-detik terakhir semata-mata. Berdasarkan makluman ramai yang saya kutip-kutip, juga streaming Twitter yang saya ikuti kadangkala, termasuklah laporan-laporan dari pelbagai website, menyatakan bahawa BERSIH memang aman hinggalah tamat ucapan kepimpinan. Dikatakan, pada pukul 2.00 petang, majoriti duduk sebagaimana yang dirancangkan.

Dinyatakan majoriti menghormati Azan Zohor berkumandang dan senyap. Dinyatakan bagaimana pihak Polis memberikan kerjasama dengan baik, bahkan ada peserta-peserta yang menyebarkan bunga, serta cuba bermesra juga dengan FRU, ada edaran air mineral percuma, juga dikatakan ada peristiwa peserta BERSIH memberikan laluan kepada konvoi bermotor(ada riwayat kata polis, ada riwayat kata posmen. Tetapi riwayat beri laluan kepada konvoi itu konsisten). Dinyatakan, apabila tidak dibenarkan masuk ke Dataran, peserta duduk di mana sahaja mereka berada kala pukul 2.00 petang itu.

Bahkan, sekumpulan manusia yang turun ke BERSIH 3.0 melaporkan bahawa, komentar orang awam juga peserta yang lain ketika itu adalah: "Nampaknya, BERSIH kali ini lebih aman dari yang tahun lepas."

Maka tidak hairanlah, dikatakan BERSIH 3.0 ini berjaya.

Baik, laporan di atas ini, sangatlah konsisten. Setakat yang saya tanya, dan saya observe, semua bersetuju menyatakan bahawa BERSIH 3.0 bermula dan berjalan secara aman. Saya tidak pasti kalau-kalau media nyatakan atau tidak perkara seperti apa yang saya nyatakan ini.

Namun, selepas semuanya selesai, ketika inilah bermula provokasi. Ada sebilangan laporan yang saya terima, dikatakan bahawa ada segelintir pendemo yang tidak berpuas hati tidak dapat 'menawan' Dataran. Mereka mengangkat barricade. Ada juga laporan lain, yang tidak sedikit meriwayatkannya, berkata bahawa polis yang memberikan laluan, membuatkan orang gembira dan mengekori mereka yang hendak pergi ke Dataran. Rata-rata sumber menyatakan, ini adalah titik permulaan kekecohan.

Oleh kerana saya tiada di sana untuk betul-betul memutuskan mana satu peristiwa yang betul berlaku, jadi saya tidak boleh memberikan keputusan di sini. Namun, berikut adalah konklusi saya akan kekecohan yang berlaku:

1 - Saya amat yakin, setelah melihat keamanan yang panjang dari pagi hingga ke petang, mustahil Peserta-peserta BERSIH secara majoriti ingin merosakkan 'rekod BERSIH terbaik' mereka ini. Jadi jika ada yang berkelakuan buruk, itu adalah segelintir. Dan mungkin, yang segelintir inilah yang angkat barricade(jika benar cerita orang BERSIH yang angkat Barricade). Dan saya bukanlah tidak tahu, bahawa dalam dunia ini ada makhluk yang bernama SB(Special Branch) yang boleh menyusup ke dalam orang ramai, dan melakukan kekacauan ini. Tetapi saya malas nak tuduh SB dalam hal ini. Katalah memang segelintir orang BERSIH yang buat.

2 - Yang menjadikan ramai orang ikut mereka ini(yang angkat barricade) itu, pendapat saya, adalah kerana memang Polis memberikan laluan mudah. Di sini persoalan, mengapa polis yang gagah menjaga sepanjang siang, tiba-tiba tidak boleh benar-benar tegas menghalang atau menangkap perbuatan segelintir orang yang angkat barricade ini bagi menghentikan flow manusia ke Dataran? Ini keanehan saya. Sebab saya yakin, kalau Polis atau FRU ketika itu bertegas menangkap mereka yang angkat Barricade, membuat pengumuman tegas agar bersurai, mungkin majoriti peserta BERSIH yang lain tidak akan mengekori.

3 - Justeru, bila peserta-peserta yang merasa aman untuk pergi ke Dataran, melihat betapa mudahnya jalan yang diberikan kepada mereka, maka mereka pergi dengan keadaan yang girang. Tetapi, diriwayatkan kepada saya dalam bilangan yang ramai bahawa - Ketika inilah polis mula menyembur air dan menembak gas pemedih mata. Maka huru-hara pun bermulalah.

4 - Kita perlu memahami realiti bahawa peserta BERSIH itu ramai. Dan bukan semuanya mahu pergi ke Dataran itu. Ada yang sudah bersiap untuk pulang. Ada yang tidak berada di sana pun, tetapi di tempat lain. Kita dapat bayangkan huru-hara yang berlaku atas 'peristiwa mengejut' ini. Hanya kerana sebahagian kecil, polis hentam semua sama rata. Gas Pemedih Mata dan Penyembur Air itu pergi kepada semua orang, menyakitkan semua orang. Menjadikan orang ramai, yang semenjak siang telah membina kepercayaan kepada pihak polis, rasa terkhianat. Menimbulkan amarah yang tinggi sebilangan peserta BERSIH yang lain. Ini ditambah pula, dengan polis-polis yang memukul dengan ganas dan kasar peserta-peserta. Bahkan, ada peserta yang telah ditangkap, pun masih ditendang dan dipukul. Semestinya sesiapa yang melihat perkara ini marah, dan akan bertindak kasar juga. Ini namanya Mass Effect.

5 - Kes kereta langgar orang, saya kira telah mendapat pelbagai penjelasan. Pada saya, nak marah kereta polis itu langgar orang, kita kena ambil kira yang kereta polis itu sendiri sudah hancur dikerjakan orang sebelum pelanggaran berlaku. Berbanding 'memang dia niat nak langgar orang', saya lebih kepada 'dia hilang kawalan kenderaannya, lalu berlakulah kemalangan'. Apa yang terjadi itu, terjadilah. Polis langgar orang, orang pukul polis kerana sangka dia berniat jahat. Namun kena jelas juga bahawa, terdapat beberapa peserta BERSIH lain yang berusaha melerai dan menghentikan pembelasahan itu. Kemudian Kereta diterbalikkan, kerana risau ada orang di bawah kereta polis. Ini kesimpulan saya selepas melihat pelbagai video akan peristiwa itu, juga penjelasan dari pihak Pro dan Anti BERSIH. Dan apabila orang menyangka 'polis memang sengaja langgar' dan melihat peristiwa pelanggaran ini, nyata mereka naik marah lagi.

6 - Jadi, apakah BERSIH salah? Saya akan kata tidak. Pertamanya kerana kekecohan berlaku setelah tamat semuanya. 10 jam yang sangat aman hingga tamat secara rasminya. Jadi, acara BERSIH itu sebenarnya telah berakhir dengan aman dan berjaya. Keduanya, memahami Mass Effect, pada saya kejadian sebegini dapat dielakkan sekiranya Polis tidak menyembur air dan gas pemedih mata kepada semua. Bahkan, saya amat yakin, sekiranya Polis benar-benar bertegas dan tidak memberikan laluan mudah untuk mereka ke Dataran, maka yang berdegil itu akan dihentikan sendiri oleh peserta BERSIH yang lain. Tidak terjadilah apa yang terjadi.

7 - Pendapat saya, sekiranya benar-benar BERSIH bertujuan membuat huru-hara, memang mereka bertujuan membuat kekacauan, saya kira mereka tidak perlu kepada 10 jam yang aman tadi. Mereka tidak perlu menjaga solat. Baik mereka turun, bila angka sudah ramai, rempuh dan angkat sahaja barricade itu awal-awal. Tetapi nyatanya, bukan itu yang berlaku dari awal hingga akhir acara rasmi BERSIH. Selepas itulah baru berlakunya huru-hara ini. Angkat barricade dan memudahkan perjalanan ke Dataran kemudian mula menyembur air dan menembak gas pemedih mata, hakikatnya adalah satu PROVOKASI. Sekali lagi, dengan teori Mass Effect, provokasi ini akan memberikan kesan kepada orang ramai lain yang mengikuti BERSIH.

8 - Pandangan saya terhadap Pihak Polis. Pada saya, gas pemedih mata dan penyembur air adalah satu tindakan yang tidak patut, apatah lagi bagi majoriti peserta BERSIH lain yang jelas melarikan diri. Kenapa kelihatannya tidak ada perancangan atau usaha untuk 'memandu' peserta BERSIH ini bersurai dengan baik? Tangkap sahaja yang angkat Barricade itu, dan kemudian untuk Peserta BERSIH yang lain, tunjukkan jalan buat mereka. Sebagaimana polis-polis yang menguruskan demo-demo yang berjalan di negara lain.

Ini, mereka semua dilayan sama rata. Disembur air, ditembak gas pemedih mata. Memanglah jadi huru-hara. Kemudian, apa yang lebih terkilan lagi adalah, ada peserta yang selepas ditangkap, dipukul-pukul lagi. Selepas dijatuhkan, ramai-ramai anggota berpakaian seragam menendang, memijak. Bahkan, ada wartawan, kameranya dirampas dan diperlakukan dengan kasar.

Lebih menyedihkan hati saya, adalah rakyat yang memerhati secara online, dengan mudah memberikan komen tidak berperi-kemanusiaan seperti: "Padan muka.", "Ini mesti ada buat jahat ni, sebab itu polis buat begitu pada dia." Perompak pun polis tak boleh pukul lepas kena tangkap. Apatah lagi pendemonstrasi? Jadi bagaimana tindakan ini boleh dikatakan: "Okay la tu."?

Dan yang menyedihkan, dari sebilangan riwayat yang saya dengar, mereka menyatakan bahawa - "Orang-orang yang ajak rempuh ke Dataran itu, tidak ditangkap oleh polis, dan kemudian hilang."

9 - Media-media utama juga, pada saya membesar-besarkan peristiwa huru-hara. Memetik gambar-gambar yang boleh dipergunakan untuk menunjukkan kekasaran dan sebagainya, sedangkan gambar-gambar itu kalau ditunjukkan dalam bentuk video, disambung beberapa gambar lain, akan menunjukkan betapa apa yang diberitakan media-media utama tidak benar. Angka peserta BERSIH dinyatakan dengan angka yang sangat sedikit. Kemudian tindakan polis memijak dan memukul perserta berlebihan, tidak diangkat. Kisah polis yang tercedera pula dibesar-besarkan, dan kisah kereta terbalik dimainkan dengan penuh efisyen!

Konklusi akhir saya, untuk menutup pandangan saya berkenaan BERSIH adalah:

Peristiwa BERSIH perlu dipandang secara menyeluruh. Bukan di akhir-akhirnya sahaja. Kita nak besarkan Isu Sampah merata-rata contohnya, kita kena faham yang Peserta BERSIH hakikatnya ada sebilangan mereka bertugas kutip sampah. Tetapi apa yang kita expect selepas kena water canon dan tear gas? Orang lari la. Campak segala apa yang ada di tangan untuk mudahkan larian.

Saya lihat, kalau kita pandang BERSIH ini secara menyeluruh, dari pelbagai angle, kita akan nampak bahawa BERSIH itu sendiri hakikatnya berjaya.

Dan huru-hara ini tidak akan berlaku, sekiranya ditangani dengan baik oleh Pihak Berkuasa. Kita juga, tidak akan buta-buta menyokong semua tindakan dari Peserta BERSIH yang ada. Kita kena faham, memang ada tindakan, tidak patut disokong, seperti bertindak membaling kon, batu, dan sebagainya. Saya tidak bersetuju kenapa kereta polis itu kena dibaling batu dan kon dan sebagainya hingga menyebabkan perlanggaran.

tajuk

bf : syg... npe syg ni seksi sgt... tudung pon xpkai... bju pon muat2 bdn jer...

gf : ala abg.. xkan abg xske syg seksi kot... sume ni utk abg la...kan cantik ni..

bf : tp xkan klau lpas kwen pon syg nk pkai camni gak... abg mngaku, dlu mmg abg ske syg sbb syg pndai brgaya, seksi.. sume kwn2 cmburu sbb abg dpt syg... tp skrg abg xmola syg xttup aurat... abg nk istri yg mnjaga maruahnya
...
gf : ala abg, xpela nnt lpas kwen syg jnji syg pkai tudung mcm yg abg nak... syg akn ttup aurat ek...

bf : abg xmola syg ttup aurat sbb abg bkn sbb niat syg sndiri... klau mcm tu, xde gne la syg ttup aurat nnt.... syg mst ikhlas ttup aurat krn Allah bkn kerana abg... abg minta maaf la syg, tp abg rse kt kne ptus... abg dah wat kptusan...

gf : smpai ati abg wat camni kat syg... syg sggup wat pe sj utk abg tp ni yg abg blas...

bf : maafkn abg (smbil brlalu prgi)...

stlh kjdian itu bf xprnah mghubungi gf lg... gf rse bgitu mnyesal...
stlh bbrp bln~~~~~

gf : (mmbuka msg yg bru dtrimanya) "syg, esk abg akn bw rmbongan mminang".. (gf trkjut lalu menangis tresak2 & rse xprcaya dgn msg yg bru dtrimanya lalu dia pon trus menelefon bfnya)

bf : "syg, dlu abg tggalkn syg sbb syg nk ttup aurat sbb abg... abg xnak syg brdosa sbb tu abg tggalkn syg... tp lpas abg tggalkn syg, syg ttap pkai tudg & ttup aurat kan... itu sume sbb syg sndiri yg brniat nk ttup aurat & bkn sbb abg... slme ni abg slalu prhatikan syg, abg tggu ms yg ssuai utk abg jdkan syg prmaisuri abg"... "i ♥ u syg, syg sudi x kwen ngan abg?"
~
gf : (smbil menangis)... syg sudi abg... trime ksih abg sbb sudi trime syg....

Friday 20 April 2012

Temuduga Pembantu Meteorologi C17

soalan-2 yang mungkin akan ditanya semasa temuduga...:)
1.Tugas2?
2.rukun negara?
3.kementerian yang terlibat?
4.siapakah yang di pertuan agong malaysia sekarang?
5.fungsi jabatan kaji cuaca?
6.alat untuk menyukat hujan/suhu/?
7.iklim dimalaysia?
8.apakah kelebihan jika kami berikan anda jawatan ini?
9.bencana alam yang berlaku sekarang/terkini ?
10.siapakan menteri  di soalan no3?
11.lain2 baca larr buku geografi ting 1,2,3  bahagian iklim2,cuaca dan ...


kepada pembaca yang perlukan lagi info tentang temuduga tersebut,boleh lar tinggalkan pesanan anda di coment  dibawah ok ...

yg baik itu datang dari allah,yang lemah itu datang dari diri saya sendiri.

Thursday 19 April 2012

Dunia macam-macam

Kisah ni agak panjang sedikit.
Anyway, take Ur time b'coz it's a really2 good story.

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin.
Rasanya sudah lebih tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor.
Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu,
saya merasa terlalu seronok.

"Eh, makin kurus nampak. Diet ke ?"
kata saya setelah mempersilakannya duduk.

"Tak adalah... biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja.
Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah...
badan gemuk pun boleh jadi tinggal tulang," balas Arifin.

"Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh.
Seluar pun longgar," tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk
menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit,
saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya.
Yalah, tiba-tiba saja muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

Orang rumah saya sakitlah, ustaz ", kata Arifin."

Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi.
Ketawa pun hendak tak hendak.

Sakit apa ?" saya bertanya.

Agak lambat Arifin menjawab.
Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di kerusi.
Setelah itu di sorotnya mata saya dalam-dalam.

"Entahlah..." katanya perlahan,
"lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh.
Di kaki, paha, perut, dibelakang...
penuh dengan lepuh macam orang terkena air panas, " kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya,Niza,
ke serata hospital dan klinik,
namun ubat yang di beri oleh doktor tidak dapat melegakan penyakitnya.

"Sakit apa, doctor pun tak tau," tambahnya.

"Dah pergi berubat kampung ?" saya bertanya.

"Dah,tapi macam biasalah...bomoh, cakap kena buat orang,
terceroboh kawasan orang bunian, sampuk... macam-macam lagi.

Duit banyak habis, masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh," jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu,
lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab.

Wajahnya yang cantik juga berubah murung, kusut " Itu masih tak mengapa ustaz.
Yang menambahkan kebimbangan saya, setelah beberapa lama,
lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil macam katak puru," tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat sembab,
seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik.
Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata,
kaki hingga ke muka.

Di sebabkan penyakit itu,
kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi.
Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja.
Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.
Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek.
Kebanyakkannya menyindir di belakang,
tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah.
Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak.
Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30 an,
rambutnya seperti wanita berumur 90 an.
Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur.

Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam.
Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

" Tiap hari, dia termenung.
Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni.
Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia ? Kasian betul saya tengok," kata Arifin.

Wajahnya sayu " Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu".

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza,
Arifin membawa isterinya ke Singapura.
Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

" Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk.
Bila malam saja dia meraung,
meracau dan menangis-nangis.
Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,"tambah Arifin.

"Insya-Allah....' Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik.
Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman,
kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya.
Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

"Apa yang dia cakap masa meracau tu ?" "

"Macam-macam ustaz...
tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya.
Saya tanya kenapa ?.
Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja.
Yalah... orang dah sakit memang macam tu," kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri.
Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak.

Setelah berbincang lama, dia meminta diri.
Sebelum pulang, saya berjanji untuk kerumah Arifin pada malam esoknya.

" Datang ya, ustaz . Saya tunggu," katanya sambil mengangkat punggung.
Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya.
Seperti yang di janjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

"Jemput masuk ustaz," Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

"Dia baring dalam bilik ni.
Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia.
Orang rumah saya ni sensitif sikit," bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka,
kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

" Za... ni Ustaz Nahrawi datang,"
kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya.

Dengan lemah, Niza menoleh.
Masya-Allah memang keadaan Niza sangat menyedihkan .
Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu.
Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang di permukaan tanah.
Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita.

Niza cuma tersenyum tawar memandang saya.
Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya,
saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara berbisik,
saya bertanya; " Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung ".

" Tak adalah, ustaz. Tanyalah, saya tak kisah," jawab Arifin. "

" Err,...dari mana datangnya bau yang..." soal saya,
tapi tak sanggup nak menghabiskannya.

Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

"Ooo... mmm, dari alat sulit dia,"
kata Arifin perlahan. "Keluar lendir bercampur nanah."

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin dan isterinya.
Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-hal yang seperti itu.
Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin,
kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa.

Lantas saya bertanya,
adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
"Sudah ustaz.
Dengan emak dan ayahnya saya pun sudah."

" Kalau macam tu, baguslah," kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran,
saya meminta diri.
Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

" Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,"
kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah,
rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah.
Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian.
Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar.
Bila saya menziarahnya petang itu,
Niza kelihatan semakin tenat.
Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan.
Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.
Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat
memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya.
Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menelefon lagi.

Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

"Ustaz," katanya, " sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu"

"Kenapa ?" pantas saya bertanya.

"Sejak dua tiga malam lepas,
dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya".

Arifin menyambung ceritanya;
Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya
minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya.
Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya "kenapa ?"

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.
"Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya di tundukkan dengan ilmu hitam.

"Saya tanya, masa bila awak buat?"

Dia jawab semasa ketiadaan saya,
tidak kiralah semasa saya bertugas di luar daerah.
Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki."
Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal.
Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja,
malah sudah ke tahap buat hubungan seks.
Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.
Dia minta saya maafkan"

" Saya tak sangka betul, ustaz.
Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya.
Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan.
Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah.
Sudahlah begitu, dia jadi perempuan...."

Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya.
Termenung saya mendengar ceritanya itu.
Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan.
Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya.
Budi bahasa pun elok.

" Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia," kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.
Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.

"Lagipun, dia sudah terlalu menderita,
sampai badan tinggal tulang,
kepala pun dah nak botak.
Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi.
Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut,
adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.
Saya tahu ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa."

"Ampunkan dia ?" Arifin bertanya balik.
" Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain,
kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mahu saya maafkan dia ?"
tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.
Mungkin dia terkejut.

"Ya... dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala," jelas saya.

Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya.
Saya katakan, yang lepas itu lepaslah.
Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya,
jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya.
Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

" Takkan awak nak biarkan dia menderita?
Awak nak pukul dia?
Maki dia?
Tak ada gunanya...
Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas," jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga.
Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin
( salaamun qaulam mirrabir rahim ) sebanyak tujuh kali."
Buat malam ni juga.
Lepas itu tunaikan solat," kata saya.

Seminggu kemudian Arifin menelefon saya.
Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia.
Tambah kawan saya itu,
Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak.
Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

" Tapi alhamdulillah,
sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka.
Marah, memang marah,
tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun,
tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam
keadaan tanpa kemaafan daripada saya.
Ustaz, saya dah ampunkan dia."

Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

:~~~

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini.
Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jgn pandang hanya pada rupa......

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring

Tuesday 17 April 2012

Budaya Taqrabu Zina

“Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey”..wah best!.
Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!.
Esok abang nak lagi boleh?. “No problem dear. Asalkan U tak cari awek lain. I sanggup”. Wah!. Tersenyum lebarlah si teman lelakinya!. Best ni. Ada can.
Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang yang berpaksikan kasih sayang syaitan.
Ada yang beraksi dengan bertudung
tanpa baju (fewwiit).
Ada yang beraksi telanjang terus
(cayyalah wei).
Ada yang beraksi kat taman-taman (cuba try tengok kat tempat korang :P ).
Ada yang beraksi kat depan masjid! (agak-agak sikit wei!).
Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone sebab
nak buat kenangan.
2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya.’Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami
I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!.
Si teman lelaki “……………….“.
Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa yang dijawab si teman lelaki? “…..Tut….Tut….Tut…”..Handphone ditutupkan!.Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut”..Please try later..”. Jeng jeng jeng!!!…hampa nak buat apa time tu?.Nangis air mata darah?. Sudah tentu tidak berguna lagi.
4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak
dah jadi gemuk sebab makan banyak (orang gemuk jangan terasa huhu). Selama ni badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. “Keluar kau dari rumah ni!.
Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam
kau!.”..Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Ok lah rumah kawan. “Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem”?. Tanya si
kawan.
Dia menjawab. “I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil
anak bf I. Tapi dia dah lari.”…Betapa terkejutnya si kawan. “Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!.” Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah
kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan pun dah halau. Mereka masih lupa untuk bertemu dengan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang..
Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar.
Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia
pergi tikam pulak anak tu!. eh-eh dia pi sumbat si bayi comel tu ke
dalam lubang tandas!. Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Diabiarkan anaknya dirobek-robek anjing!. Celakalah kau perempuan!.
Sudahlah berzina, kemudian membunuh pula?!. Last-last. Hidup dah tertekan.
Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi.
Kemudian
menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?.


OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!.
Maka melayanglah tubuh wanita itu menghempas ke tanah. Terburai
isi perut, otak dan segala-galanya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita
itu yang akan mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai
selepas membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH
DAN SEPEDIH-PEDIHNYA!.

Sunday 15 April 2012

USRAH DAN MATLAMATNYA



Adaptasi sebahagian daripada risalah Usrah dan Matlamatnya terbitan Lujnah Tarbiah dan ********************************************************************************************************
PENGENALAN
MAKSUD Usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga. Sebagai istilah, usrah bermaksud satu program tetap yang dianjurkan oleh kumpulan yang beriman dan bekerjasama untuk memahami dan menghayati Islam. ANGGOTA Bilangan anggota usrah terhad. Dalam usrah pimpinan, anggotanya ialah ahli jawatankuasa sesesuatu peringkat organisasi. Dalam PAS, peringkat-peringkat itu ialah peringkat Jawatankuasa Pusat dan Dewan-Dewannya, Badan Perhubungan Negeri dan Dewan-Dewannya, Jawatankuasa Kawasan dan Dewan-Dewannya dan Jawatankuasa Cawangan dan Dewan-Dewannya.
TEMPAT Usrah boleh diadakan di rumah anggota usrah dengan cara bergilir-gilir atau di masjid, di surau, di musalla atau sebagainya.
TUJUAN USRAH
  1. Meningkatkan kefahaman anggota-anggota terhadap Islam dan menentukan sikap terhadap satu-satu masalah sebagai umat Islam.
  2. Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap ajaran Islam secara peribadi dan jemaah.
  3. Membina satu generasi Islam yang mengenali Islam sebagai din wa daulah, menghayatinya dalam kehidupan peribadi, menjadikan azam dan cita-cita serta tindakan mendakwahkannya sebagai sistem hidup dalam keluarga, masyarakat dan negara.
  4. Membina generasi Islam yang menegakkan akhlak Islamiah dalam diri dan sensitif terhadap segala perkara yang tidak Islamik.
  5. Membina generasi Islam yang insaf dan sedar akan pelbagai bentuk cabaran dan godaan yang mengancam kemurnian Islam.
  6. Mendidik perasaan anggota supaya bertanggungjawab terhadap Allah dan Rasul-Nya.
  7. Menghubungkan anggota secara langsung dengan al-Quran dan Sunnah.
  8. Mengikhlaskan diri anggota kepada Allah untuk mencari keredaan-Nya, mengharapkan pahala dan berasa gerun terhadap seksaan-Nya. Sebaliknya bukan disebabkan segan dengan naqib usrah atau kumpulannya. Oleh itu setiap anggota hendaklah membetulkan niat, diikuti dengan amalan sekalipun tanpa arahan sesiapa.
  9. Menggiat dan menyelaraskan usaha mempelajari dan memahami Islam di kalangan anggota.
  10. Menyediakan tenaga yang benar-benar berkemampuan berketrampilan untuk bergerak demi kepentingan Islam.
  11. Memelihara organisasi daripada dimasuki pemikiran yang keliru dan sumbang.
  12. Mengukuhkan perasaan bersaudara dan memupuk semangat bertindak secara jemaah.
PELAKSANAAN USRAH
  1. Usrah diadakan seminggu atau dua minggu sekali.
  2. Majlis usrah dikendalikan oleh seorang naqib atau naqibah.
  3. Solat berjemaah, berwirid, membaca al-Quran adalah rukun utama majlis usrah.
  4. Atur cara tetap usrah yang dicadangkan ialah solat Maghrib berjemaah, berwirid dengan al-Ma'thurat* dan membincangkan kertas-kertas kerja yang telah disediakan oleh naqib atau naqibah. Naqib hendaklah menghuraikan maksud al-Ma'thurat, kelebihannya dan maksud kandungannya.
  5. Majlis usrah mestilah mempunyai tajuk yang tertentu yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan dimaklumkan kepada anggota, sebaik-baiknya telah ditentukan bahan rujukan atau teksnya.
  6. Sesudah berbincang dan berbahas dan bertukar-tukar fikiran dengan teliti, maka majlis mengambil satu keputusan atau rumusan yang menjadi pegangan kepada semua. Usrah ditegah sama sekali ditamatkan tanpa menghasilkan sesuatu persetujuan. Perbahasan boleh dilanjutkan kepada beberapa siri usrah sehingga dapat rumusan yang bulat dan konkrit, sekiranya tajuk perbahasan merupakan isu pokok dan memerlukan pandangan pimpinan yang lebih tinggi, maka hendaklah dirujuk kepada peringkat yang lebih bertanggungjawab dalam jemaah.
  7. Tajuk yang akan diusrahkan pada minggu yang akan datang ditentukan oleh naqib atau menurut ketetapan bersama atau menurut arahan pimpinan.
  8. Sebahagian daripada waktu usrah hendaklah diperuntukkan khusus kepada organisasi dan hal ehwal semasa dan perkembangan perjuangan umat Islam di dalam dan luar negara.
  9. Usrah dikehendaki bersurai di sekitar jam 11 malam, sesudah membaca tasbih kafarah dan surah Al-Asr.
ADAB USRAH
1. Ikhlas. Ikhlas hanya kepada Allah seperti firman-Nya, maksudnya: Dan tidaklah mereka tiadalah disuruh, melainkan supaya menyembah Allah, serta mengikhlaskan agama bagi-Nya, beribadat mengharapkan keredaan-Nya) sambil cenderung kepada tauhid, dan supaya mereka mendirikan solat dan memberikan zakat dan itulah agama yang lurus (betul). (Al-Bayyinah, 98:5) Sabda Rasulullah salallahu alaihi wassalam, maksudnya: Hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang dia niatkan. (Mutaffaqun'alaih) 2. Meminta izin masuk. Meminta izin untuk masuk serta memberi salam sebelum memasuki rumah anggota atau tempat diadakan majlis usrah. Firman Allah Taala, maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumahmu, sehingga kamu minta izin dan mengucapkan salam (selamat) kepada yang empunyanya. Demikian itu lebih baik bagimu, mudah-mudahan kamu mendapat peringatan. (An-Nur, 24:27)
3. Menepati masa. Datang ke majlis tepat pada waktu yang ditetapkan. Sabda Rasulullah s.a.w.: Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tanda orang munafik itu tiga, iaitu jikalau dia berdusta, jikalau berjanji dia memungkiri dan jikalau diamanahkan dia khianat. (Mutaffaqun'alaih).
4. Suci. Datang ke majlis dalam keadaan berwuduk dan memakai pakaian yang sopan, bersih, suci serta sempurna. Maksudnya: Dari Abu Malik Al-Asy'ari r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Bersuci itu separuh daripada keimanan. (Muslim) Sabda Rasulullah s.a.w. lagi, maksudnya: Dari Usman bin Affan r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berwuduk lalu memperbagus wuduknya (menyempurnakan sesempurna mungkin) maka keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya. (Muslim) Perkara ini diperlakukan supaya senang untuk mendirikan solat, mudah apabila memegang al-Qur'an dan ayat-ayatnya dalam teks usrah, dan terjauh daripada gangguan syaitan ... dapat berbincang tanpa dipengaruhinya.
5. Beritahu naqib jika tidak hadir. Jika ada yang tidak dapat hadir kerana uzur syarie, hendaklah segera memberitahu kepada naqib atau naqibah atau sekurang-kurangnya kepada sahabat yang menjadi tuan rumah. Hal ini bertujuan untuk (a) .Melatih diri bertanggungjawab dalam setiap kerja, (b) supaya naqib dan sahabat tidak tertunggu-tunggu, (c) supaya dapat mengelakkan prasangka yang tidak baik, dan (d) supaya makanan yang disediakan tuan rumah tidak berlebihan.
6. Bersedia dari segi mental dan perlakuan. Datanglah ke majlis dengan persiapan yang telah diamanahkan setelah kita sanggup untuk menunaikannya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: Maksudnya: Dan penuhilah perjanjian dan sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. (Al-Israk, 17:34) Perkara ini perlu agar majlis usrah berjalan sebagaimana yang dirancang, kita dapat berlatih menunaikan amanah yang kecil sebelum diberi amanah yang besar, dan akan menjadi pendorong dan contoh kepada sahabat yang kemudian. Kegagalan kita bebuat demikian dibimbangkan akan menjadi alasan kepada sahabat yang lain untuk tidak membuat persiapan pada masa akan datang.
7. Membawa sumber dan alat tulis. Sediakan keperluan seperti al-Qur'an, teks surah, buku-buku catatan dan al-Ma'thurat (jika perlu) . Kegagalan berbuat demikian akan mengganggu sahabat yang dikongsi teksnya.
8. Mengukuhkan ukhuwah. Datang ke majlis dengan hasrat untuk mengukuhkan ukhuwah dan berkasih sayang kerana Allah. Maksud hadis: Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat "Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari ini tiada naungan melainkan naungan-Ku sendiri." (Muslim)
9. Menuntut ilmu. Berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman bagi diamalkan dan disampaikan kepada orang lain kecuali perkara yang rahsia. Maksud hadis: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga. (Muslim)
10. Duduk bersopan. Duduk dengan bersopan santun. Majlis usrah adalah majlis zikrullah dan dihadiri sama oleh para malaikat. Janganlah engkau layangkan pemandangan engkau kepada barang yang telah Kami beri kesukaan kepada bermacam-macam orang kafir dan janganlah engkau berdukacita terhadap mereka itu dan rendahkanlah sayap engkau kepada orang-orang yang beriman (berhina dirilah, jangan sombong). (Al Hijr, 15:88) Nota penyunting: Janganlah berlunjur. Apabila hendak beralih kedudukan, lakukan dengan sopan. Terlalu kerap mengubah cara duduk boleh mengganggu sahabat kita.
Sabda Rasullah s.a.w., maksudnya: .... Dari Abu Hurairah radiallahu anhu dan Abu Said r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada suatu kaum pun duduk-duduk sambil berzikir kepada Allah melainkan dikelilingi oleh para malaikat dan ditutupi oleh rahmat serta turunlah kepada mereka itu ketenangan di dalam hati mereka dan Allah mengingatkan mereka kepada makhluk-makhluk yang ada di sisinya yakni disebutkan-sebutkan hal ehwal mereka itu di kalangan para Malaikat. (Muslim)
11. Fatihah dan selawat. Mulakan majlis dengan membaca al-Fatihah dan berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Maksud hadis: Dan daripada (Abu Hurairah) dari Nabi s.a.w. sabdanya: Tiada suatu kaum pun yang duduk di suatu majlis yang mereka tiada berzikir kepada Allah Ta'ala dalam majlis tadi, juga tidak mengucapkan bacaan selawat kepada Nabi mereka di dalamnya, melainkan atas mereka itu ada kekurangannya. Jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan menyeksa mereka dan jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan mengampunkan mereka. (Tarmizi) Nota penyunting: Berselawat tidak menjadi amalan usrah saya pada masa lalu, sama ada semasa saya menjadi ahli, naqib atau penasihat. Saya mesti membetulkan keadaan ini. Seorang sahabat usrah saya, Samsudin bin Basar, memberi komen bahawa permulaan usrah nampak selari dengan rukun khutbah. Tambahan: Alhamdulillah, pada 11 Februari 1999, apabila saya berpeluang menggantikan naqib, saya telah melaksanakan hal ini.
12. Menyampaikan kepada orang lain. Mendengar segala penjelasan, bacaan-bacaan, arahan-arahan dan pengajaran dengan teliti dan tenang sambil cuba memahaminya, mencatat dan mengingati dengan tepat sebelum disampaikan kepada orang lain. Maksud hadis: Dari Abi Bakrah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir kerana sesungguhnya mudah-mudahan (diharapkan) orang yang disampaikan itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham dari yang menyampaikannya. (Bukhari dan Muslim)
13. Bertanya dengan izin. Memohon penjelasan atau mengemukakan pertanyaan selepas diberi peluang atau setelah meminta izin naqib atau naqibah.
14. Mencelah apabila sangat perlu. Jangan mencelah ketika naqib atau sahabat sedang memberi penerangan kecuali dalam perkara yang memerlukan teguran yang segera (seperti membetulkan bacaan yang silap). Jika kita mencelah, naqib atau sahabat usrah mungkin kehilangan tumpuan terhadap perkara yang sedang diperkatakan.
15. Mengawal suara. Jangan mengangkat suara tinggi lebih daripada keperluan pendengar. Ini adalah perkara yang dilarang oleh Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (Luqman, 3:19)
16. Tenang dan serius. Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah bersifat tenang dan serius. Maksud hadis: Dari Anas r.a. katanya: Nabi Muhammad s.a.w. mengucapkan sebuah khutbah yang saya tidak pernah mendengar suatu khutbah pun seperti itu kerana amat menakutkan. Baginda bersabda: "Andai kata engkau semua dapat mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya engkau semua akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Para sahabat menutupi wajah masing-masing sambil mendengar suara esakannya. (Mutaffaqun'alaih)
17. Jangan bergurau. Jangan banyak bergurau. Umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara. Banyak bergurau akan menjadikan majlis usrah bertukar menjadi majlis jenaka, gurau senda dan gelak ketawa. Keperluan bergurau terkawal dan terhad pada perkara yang benar sahaja. Saya bergurau tetapi saya tidak berkata sesuatu kecuali kebenaran. Nota penyunting: Saya belum pasti ungkapan ini hadis atau kata-kata biasa. Jika hadis, sumber hadis ini tidak tercatat dalam teks asal. Diharap ada pembaca yang lebih mengetahui memberi respons.
18. Jangan merokok. Jangan merokok di tempat usrah. Usahakanlah agar tabiat merokok ini boleh ditinggalkan terus. Bau asap boleh mengganggu sahabat dan tuan rumah yang tidak merokok. Nota penyunting: Alhamdulillah, telah hampir tujuh tahun saya dapat meninggalkan tabiat merokok. Usrah berjaya membentuk peribadi saya dari segi ini.
19. Jangan banyak soal. Jangan mempersoalkan arahan-arahan yang telah diberikan dengan jelas dan menepati syarat: Maksud hadis: Sesungguhnya binasa umat sebelum kamu kerana mereka banyak menyoal (yang tidak berfaedah) dan mereka suka menyalahi Nabi-nabi mereka. (Mutaffaqun'alaih)
20. Izin keluar majlis. Minta izin dari naqib sebelum keluar dari majlis kerana sesuatu keperluan. Ini adalah kerana keluar dari majlis tanpa izin adalah perangai orang muafik.
Firman Allah, maksudnya: Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan apabila mereka berada bersama-sama Rasulullah dalam sesuatu urusan yang memerlukan pertemuan, mereka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (Muhammad) mereka itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya, maka apabila mereka meminta izin kepadamu kerana sesuatu keperluan, berilah izin kepada siapa yang kamu kehendaki antara mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nur 24:62)
21. Jangan bertengkar. Jangan sekali-kali bertengkar kerana ia akan merenggangkan ukhuwah sedangkan antara matlamat usrah ialah untuk memupuk ukhuwah.
Allah berfirman, maksudnya: Orang-orang mukmin itu sesungguhnya bersaudara. Sebab damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu dan takutlah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat. (Al-Hujurat, 49:10) Firman Allah lagi, Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (Al-Anfal, 8:46)
22. Berusaha mengenali sahabat. Sentiasa berusaha di dalam dan di luar majlis usrah untuk mengenali sahabat-sahabat satu usrah.
23. Membaca tasbih kafarah. Akhiri majlis dengan membaca tasbih kafarah dan surah al-Asr secara sedar dan memahami serta menghayati maknanya. Maksud hadis: Daripada Abu Barzah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda pada penghabisannya jikalau beliau s.a.w. hendaklah berdiri dari majlis yang ertinya: "Maha Suci Engkau ya Allah, dan saya mengucapkan puji-pujian pada-Mu. Saya menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Engkau saya mohon ampun serta bertaubat pada-Mu." Kemudian ada seorang lelaki berkata. "Ya Rasulullah! Sesungguhnya tuan mengucapkan sesuatu ucapan yang tidak pernah tuan ucapkan sebelum ini." Baginda bersabda: "Yang demikian itu adalah sebagai kafarah (penebus) daripada apa saja yakni kekurangan-kekurangan atau kesalahan-kesalahan yang ada di dalam majlis itu." (Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud juga diriwayatkan oleh imam Hakim iaitu Abu Abdillah dalam kitab Al-Mustadrak dari riwayat Aisyah radiallahu anha dan ia mengatakan bahawa hadis ini adalah sahih isnadnya.)
24. Bersalaman. Bersalaman dan saling bermaaf-maafan selepas selesai majlis. Firman Allah s.w.t., maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik pada waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan marahnya serta memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Ali Imran, 3:134) Firman Allah s.w.t. lagi: Maksudnya: Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh." (Al-A'raf, 7:199)
25. Bersegera pulang. Terus pulang apabila selesai majlis kecuali ada keperluan yang penting. Ini adalah kerana (a) memberi peluang kepada tuan rumah untuk berkemas, dan (b) Mungkin tuan rumah letih dan hendak segera berehat atau dia ada urusan lain.
26. Menjaga rahsia jemaah. Merahsiakan setiap perbincangan, maklumat atau arahan yang telah diputuskan tentang sesuatu perkara itu sebagai rahsia atau setiap perkara yang dikirakan tidak patut untuk disebarkan.
Itulah di antara adab-adab usrah yang patut menjadi amalan setiap naqib atau naqibah dan setiap anggota usrah supaya matlamat usrah akan tercapai, insya Allah.
RUKUN USRAH
1. Taaruf. Taaruf bermaksud berkenalan secara mendalam hingga menimbulkan kasih sayang dengan tujuan al-hubbufillah. Firman Allah: Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara ....." Dan Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Orang yang beriman dengan orang yang beriman yang lain laksana satu binaan, saling kuat menguat antara satu dengan yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Kami mengasihi saudara kerana dia adalah saudara pada jalan Allah. Di samping itu sikap mahabbah mesti di buktikan dalam amalan dan penghayatan bukan sekadar teori semata-mata. At-Taaruf ialah kenal mengenal dari bab mufa'alah (daripada dua belah pihak) salbi dan i-jabi (memberi dan menerima)--kenal yang benar-benar, tahu selok-belok tentang saudara kita, supaya kita membuat dan bertindak untuk mengarah sesuatu yang sesuai dengannya. 2. Tafahum. Tafahum maksudnya bersefahaman. At-tafahum daripada bab mufa'alah juga, bertujuan supaya usrah membuahkan suatu sikap, satu tindakan daripada sama-sama faham, sama-sama beramal iaitu sama-sama menjalankan perintah Allah, tunduk kepada kebenaran, muhasabah diri, muhasabah sama-sama jemaah dan disusuli dengan nasihat menasihati antara saudara (ad-Dinul nasihah). Awas jangan sama sekali nasihat menasihati ini menimbulkan apa-apa perasaan yang tidak senang kepada satu sama lain, baik yang memberi atau menerima, cuba renungkan hadith di atas.
3. Takaful. Rukun ini merupakan dasar membela nasib sesama sendiri, supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar nasibnya tidak terbela. Maksud rukun ini ialah anggota usrah hendaklah mengambil berat masalah-masalah yang dihadapi oleh saudaranya. Takaful ini merupakan pancaran pekerti yang dilahirkan daripada keimanan, dan merupakan inti sari daripada ukhuwah yang murni.
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid aku selama sebulan. (....) Dan sabdanya lagi, maksudnya: Sesiapa yang telah memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan kesusahan dan kesukaran kepada keluarga muslim, maka Tuhan tidak melihat balasan kepada selain syurga. (....) Inilah gambaran besar atau kecilnya at-takaful dalam Islam bagi rukun usrah ketiga.
TUGAS NAQIB
  1. Bahan asas. Pastikan anak buah mempunyai bahan-bahan asas seperti al-Qur'an dan terjemahannya, buku dan alat tulis.
  2. Muhasabah. Adakan satu sistem untuk muhasabah anak buah. Lakukan mengikut tahap-tahap tertentu, secara terbuka atau individu.
  3. Jamuan. Jamuan boleh ada, boleh tiada. Jika diadakan, pastikan ia sederhana--bukan majlis menjamu selera.
  4. Menjaga ibadah khusus: Kesempurnaan beribadat seperti solat, puasa, zakat dan ibadat nawafil mesti diutamakan. Pastikan anak buah anda benar-benar mengerti dan mengamalkannya. Sekali sekala, anjurkan ibadat nawafil jamai seperti qiamullail, puasa, zakat harta dan lain-lain.
  5. Pemilihan tajuk. Gunakan kebijaksanaan dalam memilih tajuk usrah supaya dapat mengubati kelemahan yang wujud dalam diri anak buah anda dengan memilih tajuk yang sesuai dengan suasana anak buah anda, contohnya sekiranya usrah anda lemah dalam ikatan persaudaraan atau tidak cukup mesra maka jadikan tajuk usrah persaudaraan dan tuntutannya dalam Islam.
  6. Cungkil bakat. Naqib hendaklah mencungkil bakat yang terpendam di dalam organisasi. Mereka mempunyai kebolehan dalam menulis kertas kerja dan mengajar, ceramah dan lain-lainnya mestilah diasah bakatnya dalam usrah.
  7. Tambah ilmu. Anda mestilah menggalakkan anak buah anda membaca buku-buku ilmiah, pengetahuan termasuk majalah-majalah, surat khabar, kertas kerja, kajian ilmiah dan lain-lainnya. Tugaskan mereka membuat ringkasan dalam usrah, khususnya buku-buku keluaran jamaah kita termasuk kaset-kaset rakaman syarahan pimpinan parti.
  8. Wujudkan subkumpulan. Anggota usrah yang sedia ada hendaklah ditugaskan mengadakan kelompok-kelompok usrah yang baru, mereka ditugaskan memimpinnya. Anda hendaklah menjadi penyelia kepada kelompok-kelompok baru itu.
  9. Teks usrah. Pada peringkat permulaan dinasihatkan supaya setiap usrah mempunyai kitab atau teks yang tertentu. Sekiranya perlu, jamaah hendaklah membeli kitab-kitab rujukan tersebut.
  10. Tabung usrah. Usahakan sedaya upaya usrah mempunyai tabung, setiap kali berusrah hendaklah dipungut derma walaupun kadar yang paling sedikit.
  11. Aktiviti sokongan. Sekali sekala anjurkan perkelahan di tempat-tempat yang difikirkan munasabah seperti di tepi pantai di sungai, di pedalaman dan ziarah tempat-tempat bersejarah atau tokoh-tokoh jamaah kita khususnya para ulama. Jadikan muhasabah ini suatu peluang mengenali rakan seperjuangan saudara dari dekat.
  12. Profil ahli. Adalah amat berguna sekiranya naqib mempunyai nota atau diari, khususnya mengenai anggota usrah. Diari ini mengandungi maklumat yang membolehkan mengetahui kebolehan, keistimewaan kedudukan serta iltizam ahli usrahnya.
  13. Mengikuti perkembangan sahsiah. Naqib bertanggungjawab mengembang dan mengikuti kemajuan sahsiah anggota usrah. Adab mestilah dijaga--jangan sama sekali berlaku jadar (berbalah) dan perbincangan yang tidak berguna sehingga terkeluar daripada adab seperti mengeluarkan suara nyaring.
..................................................................
3 Disember 2001 (copy n paste)