Wednesday, 27 March 2013

Doa Untuk sahabat

Ya Allah
Dekatkan aku dengan orang yang baik-baik 
agar aku boleh mengikuti jejak mereka
Ampuni segala dosa-dosaku serta hilangkanlah 
segala dendamku kepada teman-temanku

Ya Allah
Ampunkan mereka yang terumpat denganku, 
jauhkan aku dari sikap ego meninggi diri 
jadikan aku insan yang bersyukur pada nikmatmu
kerana aku yakin segala apa yang kau berikan 
adalah yg terbaik buatku dan terbaik untuk kehidupan ku..

kerana tiadalah kuasa bagiku selain dari memohon 
perlinduangan darimu..

Amin ya rabbal alamin!


kemaafan dipohon untuk setiap kesalahan diri
terasa berat dan beban meniti hari
sekiranya setiap dosa tidak kekawan ampuni
akan kubawa beban yang akan meyiksa diri
segala dosa minta diampuni

termakan terminum termengumpat dan dosa yang terkini
semua itu adalah bebanan untuk diri ini
usah berdusta dengan diri sendiri
biarlah ikhlas untuk pengampunan ini

kerana keikhlasan Allah yang memberi
tidak mampu dibeli dengan diri sendiri
rahsia Allah adalah rahsia diri
bukan semua dapat dibongkari
amin amin amin 

semuga dosa kalian tidak dibebani 
segala yang terpahat di dalam hatiku ini 
yang menjadi dosa buat kalian teman-temanku yang ku sayangi ...
dengarlah dan terimalah ini...
dosa mu telah kuampuni


salam sayang dan wasallam 
Mohd Afira Mohd Shamsuri (M.A.M.S)

No comments: