Hari ini aku sangat ingin berkongsi kisah seorang hamba Allah yang telah
menceritakan kisah hidupnya kepada ku. Siapakah dia biarlah aku
rahsiakan.. tetapi.. mungkin sedikit sebanyak perjalanan hidupnya ini
boleh diambil sebagai motivasi diri buat mereka yang juga mengalami
keadaan yang hampir atau serupa sepertinya… mudah-mudahan… =) … sebelum
itu , aku meminta izin kepadanya untuk mengantikan dirinya dengan ‘aku’
agar aku lebih atau dapat menjiwa wataknya dalam kisah ini agar kisah
ini dapat di sampaikan dengan lebih baik. insyaAllah… =)
Segalanya bermula disini…. 7 tahun dahulu…. Di pendekkan cerita….
Aku
berkunjung ke rumahnya pada cuti persekolah . Dia bukanlah seseorang
yang tidak aku kenali tetapi merupakan saudara yang boleh dikatakan
bau-bau bacang dengan ku . Seingat aku , kami pernah berjumpa beberapa
kali sebelum itu , tetapi, ketika itu kami masih lagi kanak-kanak
hingusan(sekolah rendah lagi) ketika dia bersama keluarganya bercuti di
kampung ku . Kini… aku telah tingkatan 3 dan dia di tingkatan 4…
Sesubuh di rumahnya….
Selepas
solat subuh , aku mengulang hafazan al-Quran seperti biasa. Ketika itu
aku telah pun menghafaz beberapa juzuk dari al-Quran di pondok tahfiz .
Sedang asyik aku mengaji , tidak ku sedari aku sedang diperhatikan .
Untuk beberapa ketika , dan akhirnya, saat aku mengangkat wajah , mata
ku bertembung dengannya. Dia hanya menghadiahkan senyuman dan
kemudiannya berlalu pergi . Saat itu aku merasakan sesuatu tetapi aku
tidak pasti apakah dia . Yang pastinya semenjak dari saat itu , aku
sentiasa ada mengambil perkembangan dirinya dari sepupu ku . Kesolehan
yang jelas terpancar di wajah dan sikapnya bersama ibu dan
adik-beradiknya melahirkan suatu rasa yang sukar untuk ku mengerti .
Yang jelasnya , aku sangat mengagumi dirinya dalam diam dan hadir suatu
perasaan yang aku pendam bertahun-tahun lamanya.
7 tahun kemudiannya..
Setelah
sekian lamanya , kami telah dipertemukan semula di majlis perkahwinan
sepupuku. Hati ku menjadi berdebar-debar saat melihatnya. Apakah
tidaknya , dia adalah insan yang ku pendam perasaan sejak 7 tahun dulu .
Meskipun begitu , segalanya aku rahsiakan daripada pengetahuannya.
Masakan untuk meluahkan , untuk menegurnya sahaja aku tidak berani
apatah lagi berbual mesra. Senyumannya seperti 7 tahun lalu dihadiahkan
kepadaku. Aku membalasnya malu . Semenjak detik itu , dia memberanikan
diri untuk menegur ku di ‘facebook’, berkongsi fikrah dan sebagainya.
Aku membuat lagak biasa sahaja seperti tiada apa-apa di hatiku terhadap
dirinya. Sehinggalah suatu saat…..
“ Masa saya tengok awak
mengaji , hati saya berkata.. kan bagus andainya awak boleh jadi
seseorang yang halal buat diri saya..?”, saat itu… aku sujud syukur
kerana rupanya dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti ku sejak 7
tahun lalu. Siapa sangka… setelah pelbagai insan yang hadir dalam hidup
ini , akhirnya aku di pertemukan semula dengan insan yang ada dalam
hatiku sejak 7 tahun dulu . Subhanallah… tidak disangka-sangka…
Alhamdulillah… sujudku syukur….. =)
Pada permulaan hubungan ini
segalanya berjalan dengan baik. Aku dan dirinya berjanji untuk menjaga
hubungan ini sebaik mungkin. Dirinya sangat memahami dan menghormati
meskipun kami dari golongan yang berbeza. Dia bukanlah seorang
‘al-hafiz’ ataupun dari golongan ‘ustaz-ustaz’. Dia insan biasa. Dari
fakulti kejuruteraan. Bagi diriku, dirinya bersederhana dalam kehidupan
seharian. Seorang anak yang sangat mentaati kedua ibubapanya. Abang yang
bertanggungjawab kepada adik-adiknya. Sangat menghormati orang yang
lebih tua. Suka membantu insan-insan yang memerlukan semampunya. Tabah
menghadapi ujian dan rajin berusaha. Pada ku , kehadirannya menjadi
pembakar semangat di dalam kehidupanku . Dia juga seringkali
mengingatkan aku pada cintaNYA… katanya.. biarlah rasa ini kita sandar
dan serah kepadaNya… moga Allah mengurniakan yang terbaik buat diri
kita… Moga kita dipertemukan dalam redhaNYa… Tiada lafaz ungkap rindu,
sayang dan cinta… segalanya kami simpan sebagai lafaz rahsia yang
pastinya penuh nikmat dan baraqah andai di takdirkan bersama… kau dan
aku 1 rasa… 1 matlamat… mencari RedhaNYa…. Ya Allah.. Aku mencintainya
kerana Mu dan kerana agama yang ada padanya…. Kata hati ku yakin….
“Disangka panas hingga hingga ke petang . Rupanya hujan di tengah hari . “
Hubungan
ini terhalang apabila ibunya menyatakan dengan alasan bahawa aku telah
di anggap seperti saudara. Tambahan pula, ibunya telah berkenan dengan
seorang gadis buat dirinya . Gadis itu juga telah sering berkunjung ke
rumahnya dan telah memenangi hati ibunya. Tambahan pula , gadis itu juga
turut menyukai dirinya . Atas keadaan itu , hubungan ini terhenti
sampai di situ sahaja. Aku menyerahkan segala-galanya hanya kepadaNya.
Aku membawa diri bersama pengharapan sepenuhnya pada Illahi. Saat itu ,
hatiku begitu sakit berhadapan dengan keadaan ini. Tetapi aku tahu ,
hanya Dia sahaja yang bisa menjadikan yang tak mungkin menjadi mungkin….
Beransur-ansur aku cuba menjauhkan diri daripadanya… 1 sms kata-kata
dariku sebagai pengertian darinya buat kali terakhir : -
Bismillah…
“ bukannya diri ini telah berubah.. bukannya diri ini membenci…
bukannya diri ini cuba melarikan diri … bukannya diri ini ingin menjauh…
bukannya diri inisudah tidak sudi… bukannya diri ini telah melupakan…
bukanlah segala-galanya seperti sangkaan mu… aku masih seperti dulu…
hati ini tidak pernah berubah… meskipun layanan dan sikap ku pada mu ini
tidak seperti dulu… pada ku , cukuplah diri mu ku semat dalam tasbih
doaku.. aku tidak mahu diri mu lalai kerana diri ku… tawa , jenaka ,
senyuman , telatah ku serta segala-galanya biarlah aku simpan dahulu…
akan aku persiapkan diri sehebatnya buat sang halal buat diriku ku
kelak… mungkin saja diri mu yang bakal memilikinya , mungkin juga
sebaliknya… aku hanya berharap dirimu juga seperti ku.. persiapkan diri
sehabis baik buat hari muka… mungkin saat itu nanti andainya milik kita ,
kau pasti mengerti…Cinta ini bukan suatu mainan… akan ku serahkan
sebagai ganti mahar hantaran ku buat diri mu… teristimewa dan terindah…
buat ‘Adam’ yang ku nanti…”
Hanya Allah sahaja mengerti
segala-galanya... Tak mungkin hatiku berdusta… Aku hanya ingin dirinya…
Dipertemukan di dalam redhaNya… bersama melakar impian bersama… Mendidik
generasi Islam yang berguna… impian kita adalah sama… berdoalah agar
dimakbulkan impian kasih kita… bercinta sehingga ke JannahNYA…
insyaAllah…amien….
Lagu Haramkah , Melly Goeslow terus dimainkan berulang-ulangkali… Airmata ini jatuh lagi… Tak mungkin hatiku berdusta…..
No comments:
Post a Comment