Saturday, 29 December 2012

KEMANISAN DISEBALIK KEPAHITAN INI

Seberat berat mana pun ujian yang ALLAH beri, ALLAH tidak akan berikan ujian yang melebihi kemampuan hambanya itu. Ujian yang diberi juga, adalah tanfa sayang dan kasih allah pada hambanya. Allah itu maha penyayang  setiap manusia yang allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup dalam dunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata dia langsung tidak pernah ditimpa musibah….

Allah menguji hambanya adalah untuk menguji setinggi mana keimanan seseorang itu kerana dengan ujian itu allah boleh melihat sama ada hambanya itu seorang yang mudah putus asa atau pun tak dalam menerima ujian. Sabarlah duhai insan sahabat .

ADA KEMANISAN DISEBALIK KEPAHITAN INI>>>

Jangan lah kita mengeluh dengan ujian yang allah berikan kerana habisnya satu ujian pasti akan tiba ujian yang baru pula dalam hidup kita. Dekatkan diri dan berdoalah kepada allah agar dikuatkan hati untuk cekal dan tabah dengan setiap ujian yang diberikan ..allah itu tidak pernah berasa jemu dengan setiap rintihan hambanya…ALLAH Itu maha mendengar.

Catatan 29dec2012


Thursday, 27 December 2012

Rapuh



detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
 

Monday, 24 December 2012

Final Exam 12/13

Assalamu'alaikum wbt..

Tertiarap sorang-sorang atas katil ditemani nota-nota dan buku-buku yang berlonggokan. Dendangan lagu daripada laptop memecah kesunyian, menghilangkan kebosanan dan keletihan menelaah pelajaran. Sesekali, sore throat yang masih belum hilang menyebabkan batuk yang tidak menyenangkan. Tak lupa jugak mainan 'game budak2' yang menguji kekreatifan di samping menghilangkan tekanan.. Macam ni lah suasananya setiap kali tiba musim exam..^_^

Entri kali ni pendek je. Tak boleh panjang-panjang. Nak sambung study pulak jap lagi..=)

Just nak bagitau yang saya sedang dalam fatrah final exam untuk sem ke-1 tahun ke-4, Degree in power system. Bermula semalam (31/12/12) hinggalah 4/1/13..

Jadi, nak mintak ahli keluarga tercinta (Ayah, Mak, adik, adik, ), saudara-mara dan sahabat-sahabat tersayang untuk doakan saya, semoga najah dalam exam ni..=)

Ok, tu je.. All the best jugak kepada anda semua! Semoga dipermudahkan..^_^

walaupun tak laju mcm mota aku tetap sayang

suasana study .
 
 
By: M.A.M.S