Monday, 26 November 2012

Petua Belajar Effektif / Last minit

Salam :)
post niy saya nak cakap pasal cara belajar dengan berkesan.
tau tak dulu saya tak penah terpikir nak study smart..
tapi lepasje lecture saya bagi "hidayah" barulah saya tau mcm mne nak score dalam exam dengan mudah je.
memang nak study tu kene amik mood dulu tapi jangan la smpai tak balance mase study korang tu..
kalau pelajar SPM/IJAZAH/DIPLOMA korang at least kene buat revision 2 jam/bulan untuk 1 mata pelajaran tau..
ok..niy antara tips study :
1. buat nota ringkas setiap kali topik yang korang belajar tu habis
2.tengok learning outcome..korang bace ape yang die tulis kat situ je..sebab soalan exam tak kan lari nyer..
3.rajin jumpe cikgu/pensyarah
4.buat mindmap untuk subjek yang menghafal
5.banyak kan buat latihan untuk topik yang lemah
6. seboleh nya jangan buat revision terlampau banyak subjek dalam 1 hari
7. selalunye subjek pengiraan buat selepas mandi..otak akn jadi cerdas..
8.ringkaskan buku rujukan sehingga paham (kalau boleh)
9.kalau boleh warna warnikan tulisan :)
10.hafal formula + definition time buat latihan dan sebelum tidur..
ok korang kadang2 ade yang suke ikut tips sendiri kan..terpulanglah kepada korang sebab ni just cadangan je..huhu tapi kawan saya gune cara niy..memang berkesan jugak la..kalau korang prefer buat study group buat je tapi saya tak galakkan sebab study group 97% takan study asyik berborak jer..huhu
ok bagi yang suke study last minit niy antara tips nyer:
1. buat latihan topik yang paling banyk markah / yang suka saje..
2.hafal formula yang basic dan derive je..
3.jangan buat nota ringkas last2 minit sebab korang da tak kan sempat da...just tengok kat buku rujukan bahagian belakang tu ade summary die..korang bace tu je..
4.short note kalau ade bace tu je..
5.senaraikan formula yang ade
6.hafal yang mane paling senang nak ingat.. yang susah tu korang just ingat key word die je..
7.subjek yang menghafal tu make sure 3 jam before exam korang da hafal..
8.1 jam before exam jangan bukak buku/nota/short note/ just tengok formula dan ape yang korang hafal tu cube ingat balik..kalau korang bukak buku nanti panik..sebab definition selalu berbeza..buat ayat sendiri je..
ok ni la antara tips study yang saya gune kan time saya belajar..memang kadang2 susah kite nak ikot.
tapi kalau buat hari2 nanti akan jadi rutin harian..tak mustahil kita boleh berjaya :)
de papehal komen je

sebelum terlupa, kalo lah kan study last pun kita malas,tapi kita still boleh  berjaya .........berdoalah pada allah supaya buka hijab dengan sendiri nye boleh jawab...:P

Saturday, 24 November 2012

Jodoh itu Rahsia Allah

School Holiday .. (Tak suka school holiday) .. tapi kalau cuti semesta mohd afira suka hahah.. Budak-budak tak pergi sekolah, guru-guru makan gaji buta. erk. Banyak kenduri kawen.
Anyway, congratulations to all of you friends yang baru kawen, yang baru tunang, yang baru dapat baby, yang akan bertunang, yang akan kawen & yang bakal dapat baby. Congratulations to all of you.
Too many invitations, of course la banyak tak pergi lagi-lagi banyak kat Kelantan. Bila umur dah macam ni, umur just nice, so ramai la yang meninggalkan status single masing-masing. Sekaligus dengar orang ni nak kawen, nak tunang & macam-macam. I kat sini hanya mampu wish congratulations. Sorry banyak tak dapat pergi. Just wanna wish congratulations globally. Tak sempat nak wish sorang-sorang.
Jodoh itu Rahsia Allah
Syukur jodoh korang sampai dulu, syukur rezeki korang sampai dulu. Yang lain-lain, banyak-banyak berdoa minta dengan Allah. Bagi yang lelaki, jadilah suami yang soleh & bagi perempuan, jadilah isteri yang solehah. Jaga rumahtangga betul-betul. Perkahwinan tak semudah yang di sangka. Belum kawen lain, lepas kawen lain. Ingatlah, perasaan manusia boleh berubah. Sama-samala jaga perasaan masing-masing. Semoga rasa cinta, kasih & sayang tu kekal selamanya & makin bercambah dari hari ke hari.
Bagi yang baru kawen, bagi yang dah kawen; Jangan rasa kita ni dah lebih dari orang lain sebab kita dah kawen. Jangan rasa bangga & jangan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan pada orang yang belum kawen. Jangan rasa hebat, jangan rasa berlagak bila jodoh korang sampai dulu. Beringatlah, jangan takbur. Anything can happen in the future. Pernah jumpa orang-orang macam ni. Berlagak habis bila dah kawen, sebab diaorang rasa hidup diaorang dah sempurna. Bila dah jadi pape, diaorang sendiri yang malu..
Carilah, pilihlah orang yang betul-betul sayang kita, terima kita seadanya, orang yang jaga hati kita & orang yang membahagiakan kita. Jangan buat keputusan terburu-buru. Bila dah kawen, bukan senang-senang nak undur balik. Kalau couple je memangla senang untuk putus, tapi bila dah kawen, tak semudah tu untuk putus.
Jodoh itu ketentuan Allah…
Kawen ni bukan 2 3 4 kali seumur hidup, kalau boleh hanya kawen sekali seumur hidup. Semoga ikatan perkahwinan kekal selamanya & tak terputus di tengah jalan. Tapi jika itu takdir Allah, sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Jangan salahkan takdir Allah. Redha & terima je. Tak semua ikatan kekal. Tak guna mempertahankan sesuatu yang sememangnya bukan milik kita..

Jodoh itu Rahsia Allah…

Relax lah. Baru 23++.. Tak masuk 24 pun lagi hehe. Buat apa kawen muda-muda, awal-awal kalau tak kekal. Biarlah kawen lambat sikit asalkan kekal selamanya..
 
project sarjana muda baru masuk ch3.....pening2 simulation ic AL8806 xda dalam Pspice LED lamp pun xda dlm Pspice software sakit hati betul hihihi..... 
 

Wednesday, 21 November 2012

Pemain Bola Sepak, Ronaldo Lelong Kasut Emas Untuk Palestin

PEMAIN BOLASEPAK TERMAHAL DI DUNIA RONALDO PERNAH MELELONG KASUT EMAS YG DIMENANGI SEBANYAK 1.4 JUTA EURO KPD PALESTINE UTK PEMBINAAN SEKOLAH.


Hasil penjualan Kasut Emasnye itu untuk di dermakan kepada kanak2 Palestine. Apabila ditanya mengapa beliau berbuat demikian "Saya tidak suka kanak2 itu dilakukan sebegitu sehingga mereka meninggalkan dunia mereka secara terpaksa".

Cincin 24 juta isteri PM tak mahu derma? :)

Apa sumbangan kita pula untuk Palestine?



Jika tidak mampu wang ringgit sentiasalah mendoakan kebaikan, pertolongan diberikan kepada seluruh umat islam di bumi Palestin. 

Bersamalah kita mendoakan kebaikan ummat dan  Ronaldo. Semoga allah memberi kpdnya hidayah untuk memeluk islam,  amiin.

 
"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."~ Ali Imran: 169.