Saturday, 15 December 2012

LAWATAN KE CAMERON HIGHLANDS 2012

Nyum.... Stoberi kalau nak yang manis, kena pilih yang warnanya merah yang nak hampir ke maroon tu. Merah gelap. Yang tu manis. Sebab tu orang kata kalau nak makan stoberi manis kena makan kat atas [Cameron Highlands]. Bukan sebab buah tu berlagak diva pandai2 bertukar rasa masa kat tempat sejuk atau kat tempat panas. Tapi sebab yang merah2 gelap macam ni, tak tahan untuk dibawak turun. Yang ni yg dah betul-betul masak ranum. Kalau bawak turun, nanti dia berair kang takleh makan plak. Tapi kalau setakat nak bawak turun ke KL tu rasanya sempat lagi kot. Syaratnya lepas je sampai terus kena sumbat semua dalam mulut. Barulah terjamin kemanisannya. Apa-apapun, manis stoberi ni takde la manis yang macam buah mangga atau buah ciku tu. Manis stoberi still ada masam-masam sikit cuma bezanya sama ada masam tu pekat atau masam tu rasa nipis je.

Tuesday, 11 December 2012

Peliharalah Aib Orang Lain..>>


Setiap orang ada aib masing-masing. Ada rahsia yg disembunyikan dari orang tua kita sendiri, dari sahabat kita sendiri mahupun dari kawan2 kita. Namun, benda yg tersembunyi ini, kadang2 kita pun akan terlepas pandang jugak, sampailah diketahui oleh kawan kita atau orang lain. 
Jika kita memegang aib insan.. seluruh MARUAH dirinya berada di tangan kita, kita punyai PILIHAN.. sembunyikan atau sebarkan..
SEBARKAN :
~kita akan rasa puas.. 
"Arghh.. baru padam muka dia, jahat sangat!!"
SEMBUNYIKAN :
~kita ibarat memendam jiwa rasa..
"Erm.. Nak cerita ke tak nak? Kalau aku cerita pasal dia, jatuh maruah kawan aku plak"
Mana pilihan kita? Itu pilihan korang.. tapi ingat, aib kita jua di tangan insan lain.. dan ingatlah JANJI Allah..jika kita sembunyikan aib saudara kita, maka nanti Allah sendiri akan MENUTUP aib kita..insyAllah.. 
So, moral of the story janganlah sesekali buka aib insan lain. Aku berharap sangat agar aib aku, tidak dibuka di Padang Masyar kelak.. Malunya.. kalau semua orang tahu, jahat dan dosa aku. Kat manalah aku nak letak muka aku nanti?
 
@bilik komputer FKEE ump 

Apa yang salah Dengan Couple >>>

1. Masa couple, sebelum berpisah, si awek akan salam si pakwe. Siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang solehah. Lepas kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja, si isteri tak salam cium tangan suami pun.

2. Masa couple, si awek kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si pakwe dulu. Kalau si pakwe tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhaka la kalau ingkar. Abis tu, dengan mak bapak boleh plak derhaka? Lepas kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun kebenaran suami nak keluar.

3. Masa couple, pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak rambut. Bila berwebcam ataupun hantar gambar kat pakwe, tak cover pun rambut dan aurat. Kononnya, nanti dia nak jadi suami jugak. Jadi halal jugak nanti. Kononnya, semuanya untuk abang sayang seorang.

4. Bila couple, masa dating si awek terpaksa bagi si pakwe pegang tangan, pegang pinggul, cium-cium sikit. Bukti cinta kononnya. Sanggup berkorban jiwa, raga dan dara. Takut kalau tak bagi, si pakwe tinggal cari orang lain. Bila dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi dah. Dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan, ditolak mentah-mentah. Dosa woo siksa batin.

5. Masa couple, bila melepak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita kehebatan pakwe masing-masing. Bila dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita keburukan dan kekurangan suami masing-masing.

6. Masa couple, si pakwe cakap itu, si makwe pun ikut je. Konon-kononnya nak jadi suami yang tegas la nanti. Bila dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi queen control. Si suami ikut je telunjuk si isteri. Si suami berdosa sebab dayus, si isteri berdosa sebab control suami. Mana taat setia sebelum kahwin dulu, wahai perempuan? Mana sifat tegas dan kepimpinan sebelum kahwin dulu, wahai lelaki?

Jangan bazirkan perasaan pada yang bukan pasti milik kita, jagalah diri dan simpan untuk yang sah sahaja.

Credit: Diarihati.com b