Tuesday, 21 February 2012

Abah Nak Menantu Yang Beriman



Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?


Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.


p/s: cerita diatas tu aku ambik kat facebook, yang mana aku telah ubah suai sedikit supaya agar lebih menarik

Monday, 20 February 2012

bila masuk jer sem baru apa yang kita takut " EXAM/TEST"




Assalamualaikum.....sEMUA

Siapa yang pernah meniru masa exam??

Cepat mengaku sekarang!!!!!!!

Siapa la yang nak mengaku kalau dah buat salah,kan???Ibarat macam lempar batu sembunyi tgn la....Sapa2 pun takkan mengaku'.Hehehhehee..

Korang nak tahu tak,kenapa pelajar2 ni suka meniru ketika exam?

Haaaa..kalau nak tahu,sila baca di bawah :-
FAKTA !
Kenapa pelajar² di Malaysia ni suka meniru time exam??

Sebab,
Di bawah setiap halaman kertas soalan,

ada ditulis...

"SILA LIHAT SEBELAH"
So,korang dah tahu sebabnya????

Siapakah yang patut dipersalahkan sekarang?????



p/s Kepada tok-2 sekalian jgn meniru yer...*tok*/tok fi,..

Saturday, 18 February 2012

Untuk isteri tersayang


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...