Tuesday, 14 February 2012

rindu





Assalamualaikum…………

Dengan nama Tuhan yang telah meletakkan setitis kasih dan cinta dalam hati ini dan kini telah membuahkan rindu yang tiada jua dapat kutahan geloranya jika tanpa sedikit ketenangan yang dikirimkan Tuhan buatku.

Buat kekasih…
Saat aku tuliskan surat ini buatmu, betapa hatiku sentiasa sarat dengan rindumu. Rindu yang mendambakan kasihku padamu. Hatiku penuh dengan cintamu dan tidak bisa dimasuki oleh kasih yang lain. Hanya kasihmu yang aku miliki, yang menceriakan kehidupanku walaupun kadang­kadang aku tersasar oleh kerana mabuk kerinduan.

Kekasih…..
Ingin aku katakan padamu bahawa aku tidak menduakan kasihmu. Aku tidak menduakan cintamu kerana hatiku telah dirimu miliki. Bagaimana aku bisa mengisinya dengan sesuatu yang lain sedangkan ia berada disampingmu. Janganlah dirimu sangsi dengan kesetiaanku, kerana aku telah membina benteng yang tinggi agar cintamu yang kumiliki tidak terlepas keluar dari sempadan hati dan menghalang sebarang cinta dari luar untuk menerobosi jiwaku.

Kekasih…..
Cintamu adalah antara yang terutama dalam senarai cintaku. Pertama cinta Tuhan dan rasul, kedua cinta keluargaku dan ketiga adalah cintamu. Aku jamin ia tidak akan berubah arah sehinggalah Tuhan benar­benar menentukan dan menyatakan kehendaknya dalam kisah perjalanan cinta kita ini. Namun aku sentiasa berdoa agar cinta dan kasih kita ini hayatnya berpanjangan hingga dibawa bersama sewaktu menghadiri perjumpaan di hadapan Tuhan di hari kemudian.

Kekasih….
Tiadalah sebaik kata­kata yang mampu aku tuliskan dalam surat cintaku ini melainkan untuk menyatakan bahawa sehingga kini hanya dirimu yang memiliki hatiku ini. Aku bahagia begini dan aku ingin terus begini bersamamu. Aku bermohon pada Tuhan semoga Dia menerima permohonan ini. Hanya padaNyalah aku berharap.

Kekasih….
Cinta dan rindumu adalah menjadi teman paling setia dalam hidupku walau saat dirimu tiada disisiku.


MOhd Afira.
14 feb 2012
1139 pm
Ump pekan

Monday, 13 February 2012

graduan careers and employment for malaysia FRESH graduan

To bE tHE Best
Ready for greatness? Got BIg Dreams?

Mendapatkan pekerjaan bagi menyara kehidupan sendiri dan keluarga adalah harapan setiap graduan yang baru menamatkan pengajian.

Bagaimanapun, tidak semua daripada mereka akan bernasib baik kerana persaingan yang sengit dalam pasaran masa kini. Sehubungan itu, graduan seharusnya menukar minda mereka (change of mindset) dan tidak memilih pekerjaan.

Dalam mendapatkan pekerjaan, graduan tidak patut berfikir untuk memilih pekerjaan mengikut bidang kursus yang dipelajari semasa di universiti atau hanya mahukan jawatan yang diminati sahaja. Sikap begini hanya akan merugikan graduan.


tekan sini

p/s

Ingat!

Ijazah hanyalah sekeping kertas yang akan melayakkan anda untuk memohon pekerjaan dan bukannya melayakkan untuk mendapatkan pekerjaan.

LinkLink

Saturday, 11 February 2012

Esok bermulanya sem baru


Tak sabar rasanya nak mulakan semester baru esok..
mulai esok,dah x boleh nak mengadap blog 24 jam la..

Study is first..
Blog,maybe second..haha..
Semester lepas sudah berlalu..
walaupun agak mengecewakan,tapi life must go on kan..


So,tanam azam baru,
target mesti clear,,ingin yang terbaik..
Mulakan hidup baru semester ini..

ni lar antara benda-benda yang saya akan belajar harap-harap tidak lah susah sangat
*tangan di dada*


BEE2143 - SIGNALS & NETWORKS
BEE3143 - POWER SYSTEM ANALYSIS
BEE3313 - PRINCIPLES OF CONTROL SYSTEMS
BEE4143 - POWER SYSTEM PROTECTION & HIGH VOLTAGE
BEE4632 - MAINTENANCE TECHNOLOGY
UGE2002 - TECHNOPRENEURSHIP