Seberat berat mana pun
ujian yang ALLAH beri, ALLAH tidak akan berikan ujian yang melebihi kemampuan
hambanya itu. Ujian yang diberi juga, adalah tanfa sayang dan kasih allah pada
hambanya. Allah itu maha penyayang
setiap manusia yang allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau
masalah hidup dalam dunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata
dia langsung tidak pernah ditimpa musibah….
Allah menguji hambanya
adalah untuk menguji setinggi mana keimanan seseorang itu kerana dengan ujian
itu allah boleh melihat sama ada hambanya itu seorang yang mudah putus asa atau
pun tak dalam menerima ujian. Sabarlah duhai insan sahabat .
ADA KEMANISAN
DISEBALIK KEPAHITAN INI>>>
Jangan lah kita
mengeluh dengan ujian yang allah berikan kerana habisnya satu ujian pasti akan
tiba ujian yang baru pula dalam hidup kita. Dekatkan diri dan berdoalah kepada
allah agar dikuatkan hati untuk cekal dan tabah dengan setiap ujian yang
diberikan ..allah itu tidak pernah berasa jemu dengan setiap rintihan hambanya…ALLAH
Itu maha mendengar.
Catatan 29dec2012