Saturday 30 March 2013

Ke Jemputan Kenduri Kawin :P [E1]

Assalamualaikum hai semua,
hari ini saya dan kawan2 pergi ke majlis kenduri perkahwinan waris saudara mara shakir (tok kir)
kawan2: hazimin(tok ming),zakir,mat ji,kir (tok kir),zaha (tok zaha),qakwin,hafiz  yang join sekali ke tempat kenduri heheheh :P
Destinasi: Balok kuantan, Pahang
 sejak besar/ dewasa nih lama dah tak ikut mak pergi makan tempat kenduri kalo zaman kecil2 dulu selalu jer nak ikut mak pergi tempat kenduri,kalo mak taknak bawa mula lah nangis hahahah 
lupakan sejarah silam itu cerita lama zaman kecil2 tau apa hahahah

Simple kan tempat  persandingan diaorang


Baju pun agar simple bak kata kawan saya simple is better

hafiz & shakir
hensem nye kawan aku sorang ni....(izhar)

Yang ni nama dia mat ji (orang paling hensem kat UMP) 

Hahaha nak juga tunjuk gambar 

by: m.a.m.s

Thursday 28 March 2013

Kepenatan Hari ini :P

assalamualaikum semua.....
bajet ramai larr ek pembaca blog aku nih ngeeee2
mengikut pengiraan visit my blog
dalam sehari = 50 orang yang  visit kat blog aku
kadang2 tiada langsung 

Penat nye hari nih pergi UMP kampus gambang:

                   ~~~` TATAPAN GAMBAR UNTUK MASA HADAPAN ~~~~
                                                                        



Wednesday 27 March 2013

Doa Untuk sahabat

Ya Allah
Dekatkan aku dengan orang yang baik-baik 
agar aku boleh mengikuti jejak mereka
Ampuni segala dosa-dosaku serta hilangkanlah 
segala dendamku kepada teman-temanku

Ya Allah
Ampunkan mereka yang terumpat denganku, 
jauhkan aku dari sikap ego meninggi diri 
jadikan aku insan yang bersyukur pada nikmatmu
kerana aku yakin segala apa yang kau berikan 
adalah yg terbaik buatku dan terbaik untuk kehidupan ku..

kerana tiadalah kuasa bagiku selain dari memohon 
perlinduangan darimu..

Amin ya rabbal alamin!


kemaafan dipohon untuk setiap kesalahan diri
terasa berat dan beban meniti hari
sekiranya setiap dosa tidak kekawan ampuni
akan kubawa beban yang akan meyiksa diri
segala dosa minta diampuni

termakan terminum termengumpat dan dosa yang terkini
semua itu adalah bebanan untuk diri ini
usah berdusta dengan diri sendiri
biarlah ikhlas untuk pengampunan ini

kerana keikhlasan Allah yang memberi
tidak mampu dibeli dengan diri sendiri
rahsia Allah adalah rahsia diri
bukan semua dapat dibongkari
amin amin amin 

semuga dosa kalian tidak dibebani 
segala yang terpahat di dalam hatiku ini 
yang menjadi dosa buat kalian teman-temanku yang ku sayangi ...
dengarlah dan terimalah ini...
dosa mu telah kuampuni


salam sayang dan wasallam 
Mohd Afira Mohd Shamsuri (M.A.M.S)

Monday 25 March 2013

Pendaftaran IEM (The institution of Engineers Malaysia)



Assalamualaikum hai...and good day...
hari ini saya nak kongsi kepada semua tentang apa itu IEM?
Siapakah yang layak daftar IEM?

 apabila dh jd ahli IEM.. semua kursus/seminar/program 

serta bahagiannya boleh disertai.. kelebihan menyertai IEM

 ni banyak training/course yg dihadiri ada credit hour yg

 dikira dlm syarat utk memohon Ir.. dan bimbingan yang diberikan sangat 

membantu 

memudahkan laluan untuk menjadi Jurutera Profesional.




                                Contoh Kad IEM  ni untuk student *membership no aku rahsiakan hahaha*
untuk pendaftaran perlulah bayar RM20

Saturday 23 March 2013

Kata-Kata Yang Pernah diluahkan Oleh seorang pelajar



1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

         comey kan muka yakin TP kita mesti ingat  jangan lah terlalu yakin yang boleh membawa kita ke riak




 tulisan  Prof Dr Muhaya & Mohd afira (M.A.M.S)

Wednesday 20 March 2013

Majlis Sambutan Hari Perhutanan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Di Kampus Pekan


Tarikh: 21 Mac 2013 (Khamis)

Tempat: Aras 1, Pusat Pelajar, UMP Pekan
Masa: 8.00 pagi sehingga 2.00 petang

hahaha hari ni ump ada buat program menanam pokok, sempena sambutan hari perhutanan...hutan pun ada hari...kalo hutan hari perhutanan...kalo manusia hari manusia hahah xlah kalo manusia hari lahir kut atau pun hari jadi hahah..kan...

macam-macam program ada dalam majlis ini
antaranya;
1-pemeriksaan kesihatan
2-tanam pokok dimana pokok tu di tag dangan nama sendiri
3-pemeran
4-persembahan
5- dan macam biasa lah ada makan-makan...*best gile makan hari ni hheheheh* makan apa yang best sangat tu mohd afira??? cuba cakap sikit....hahahahah

& MAKAN FREE & Itu lah yang best hahah

GAMBAR HIASAN






nasrul hazim sedang daftar hahahahh




syed solehin sedang minum nescafe (aku minum 2 gelas hihi)



nasrul hazim daftar lagi setiap tempat pameran dia daftar hihih good2 nas




syed solehin dan nasrul hazim hensem boh....(gambar aku takda  hahah)






depan pusat aktiviti pelajar UMP kampus pekan...comey kan

depan pusat aktiviti pelajar UMP kampus pekan...comey kan




last  sekali makan2 hihihih.................

Program (RTC), Kuala Pahang ...(UMP)

Assalamualaikum semua,selamat petang  huhu
kali ni aku nak cerita tentang program ke RTC kuala pahang,dimana UMP sediakan banyak bas untuk ke program tersebut.

Apa yang memikat hati aku untuk turut serta dalam program ini
1. Ada elaun sehari (bukan bermaksud aku xda duit sbb tu masuk program ni,tidak2 sama sekali hihih :P duit PTPTN x habis guna kotttttt hak2

2. Ada makan2 (bukan bermasud aku kelapan kkkkkk....tp Kalau xmakan tu lapar lar hahahha)

tau tak apa itu RTC
Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) 

Kewujudan RTC ini membantu perkembangan ekonomi masyarakat setempat selain memudahkan kehidupan mereka. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Barisan Nasional (xsemestinya aku sokong BN) dalam membawa kemajuan ke kawasan luar bandar.  Ini untuk menpastikan kawasan luar bandar tidak akan terpinggir dalam arus pembangunan negara yang semakin pesat.

Gambar untuk tatapan :P





 DE KUALA CAFE tengak tu ada lambang UMP sebelah.....