Wednesday 30 January 2013

Cinta Pertama VS Cinta Kedua


Salam kebahagiaan buat semua ~ ~
Saya minum kopi tadi, jadi tak dapat tidur-tidur lagi. Tak serik-serik lagi kan? Haha.. Kopi, sedap.=p
Cinta pertama vs cinta kedua. Itulah isu yang dibangkitkan oleh pensyarah kami semasa kuliah dulu2 . Topik cinta nampaknya? Biasalah kan, sebagai remaja yang normal sememangnya berminat mendengar topik cinta. Eh, saya masih remaja ke?
Soalan cik pensyarah tadi lebih kurang berbunyi begini :
"Antara cinta pertama dengan cinta kedua, mana satu lebih manis bagi kamu?"
Cik pensyarah taklah tanya semua orang, beberapa orang je. Alangkah baiknya kalau beliau tanya semua orang dalam kelas, nak juga dengar luahan hati setiap rakan. Hehe..
Lepas tu, cik pensyarah berkata,
"Cinta pertama memang sukar dilupakan. Betul kan? Walaupun cinta kedua lebih hebat, lebih manis daripada cinta pertama, tapi cinta pertama itu takkan dilupakan. Betul kan? Kan?"
Seperti biasa, saya angguk je. Kalau tak angguk, mana tahu, dia tolak markah sahsiah pula. Haha!
Tapi saya memang setuju dengan kata-kata dia tu. Cinta pertama sememangnya sukar dilupakan, kerana ianya memberi kita pengalaman dan pengajaran dalam percintaan. Cinta pertama, itulah kali pertama kita bercinta, merasa untuk merindui seseorang yang bukan darah daging kita. Cinta pertama memberi pengajaran kepada kita. Contohnya, kita belajar untuk lebih memahami, memberi dan menerima.
Bak kata cik pensyarah,
"Walaupun menderita semasa cinta pertama, namun dialah yang paling diingati."
Sebabnya, dia adalah cinta pertama kita. Walaupun tak bahagia bersama dia, tapi itulah kali pertama merasai perasaan cinta. Biarpun cinta kedua lebih membahagiakan, tapi cinta pertama takkan dilupakan sampai bila-bila.
Cik pensyarah berkata lagi,
"Cinta kedua takkan sehebat cinta pertama lagi."
Itu ialah pandangan peribadi dia. Pada pandangan saya pula, cinta kedua lebih hebat kerana kita akan sentiasa memperbaiki kelemahan diri kita 'hasil pengajaran' dari cinta pertama. Kita akan menjadi lebih berhati-hati dalam bercinta. Kalau cinta pertama itu cinta separuh mati, cinta kedua itu biarlah sampai mati. Andai ada jodoh la...
Saya kagum dengan mereka yang terus berkahwin dengan cinta pertama mereka. Dah memang jodoh dari awal kan? Hehe..
 Nak tanya, siapakah yang ada di ingatan anda sekarang? Dialah yang anda cintai! (Sekadar teori buatan sendiri je ya, jangan percaya bulat-bulat)
 
 by : M.A.M.S

Saturday 19 January 2013

siapakah yang kelak menjadi imam dan makmum ku?



Alhamdulillah..(^_^)

Cinta adalah anugerah..
Cinta adalah fitrah..
Andai salah wasilah..
Cinta bisa menjadi barah..

sesungguhnya cinta di antara lelaki dan perempuan itu adalah fitrah..namun apakah ia menjadi alasan dalam membenarkan perhubungan yang haram?

wallahua'lam..


andai mahukan seorang isteri yang tidak pernah bercouple, maka seorang lelaki itu juga tidak boleh bercouple...

andai mahukan seorang suami yang tidak pernah bercouple, maka seorang lelaki itu juga tidak boleh bercouple..


wallahua'lam..


andai mahukan seorang isteri yang tidak pernah "sms" pada lelaki yang haram baginya, maka seorang lelaki itu juga tidak boleh "sms" pada perempuan yang haram baginya..


andai mahukan seorang suami yang tidak pernah "sms" pada perempuan yang haram baginya, maka seorang perempuan itu juga tidak boleh "sms" pada lelaki yang haram baginya..


wallahua'lam..


dan sesungguhnya..


dipetik dan dirujuk di halaman fb/twiter


"dan wanita-wanita yang baik
adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik 
amin...insya Allah..


wallahua'lam..


apakah seseorang lelaki itu boleh mengatakan kepada seorang perempuan "engkaulah isteriku", pada hal di antara mereka masih belum ada apa2 perhubungan yang sah, hanya "percintaan" yang haram sahaja..


apakah seorang perempuan itu boleh mengatakan kepada seorang lelaki "engkaulah suamiku", pada hal di antara mereka masih belum ada apa2 perhubungan yang sah,
hanya "percintaan" yang haram sahaja..


persoalan tiada jawapan........

wallahua'lam..


sesungguhnya.. jangan salahkan pada anak-anak nanti andai mereka juga bercouple kelak andai perhubungan suami isteri itu di dasarkan pada suatu perkenalan dan kaedah yang haram di sisi Islam...wal iyya dzubillah..
sesungguhnya...setiap buah yang cantik datangnya dari benih yang baik...


wallahua'lam..


andai mahukan kehidupan suami isteri yang bahagia dan diredhai Allah S.W.T, dan mempunyai anak2 yang comel dan soleh dan solehah,
maka mulakanlah ia dengan kaedah yang halal...


sesungguhnya Islam itu mudah,
namun mudah Islam adalah apabila engkau memudahkan dirimu dalam mengamalinya dengan sebenar-benarnya amalan..


wallahua'lam..


kesimpulan...tolong amin kan doa ini....:P

" Ya Tuhan kami,
anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami),
dan jadikanlah kami (aku) hihihihi pemimpin orang-orang
bertaqwa"
amin..insya Allah..

wallahua'lam.. 


by m.a.m.s

Friday 18 January 2013

Ya Allah, Tuhan yang lebih mengetahui sesuatu, Kau restuilah hubungan kami berdua, dekatkanlah jodoh kami, Jangan kau pisahkan kami, bukakan lah pintu hati kami untuk kami saling menyayangi dan lebih memahami, kau limpahilah nur hidayah mu kepada kami ya Allah. Sesungguhnya dia amat bermakna sekali dalam hidupku, sesungguhnya dia lah terletaknya segala impian dalam hidupku, sesungguhnya tiada yang lain ku sayang dan cinta selain dia.

Engkau bukakan lah pintu hatinya untuk memahami akan segala isi hati ku terhadapnya. Engkau lembutkan lah hati kerasnya. Engkau buka kan lah pintu hatinya untuk menyayangiku, mengasihiku dan menyintaiku seperti mana aku sayang, kasih dan cinta padanya. Engkau berikanlah kami kekuatan dalam mengharungi apa jua rintangan dan ujian dari mu. Sesungguhnya aku redha dan menerima kehadirannya dalam hidup aku seadanya dan aku juga lebih bersyukur kepada setiap nikmat yang telah kau kurnia kan kepada ku.

Kau rahmatilah perasaan kasih sayang kami berdua. Berikan lah ruang kepada kami untuk bersama. Berikanlah ruang kepada keluarga kami berdua untuk menjalinkan hubungan persaudaraan bersama. Engkau kurniakan lah kami semua penolongmu agar membimbing kami untuk terus berada di jalan mu yang benar. Sesungguhnya walaupun apa jua kelakuannya pada ku, dia tetap segala galanya bagi aku dan dirinya amat bermakna dalam hidupku.

Amin ya rabbal alamin.

Tuesday 15 January 2013

Renungan buat santapan hati-hati yang terlupa....


 
 
Kalau ada orang hadiahkan kita sesuatu yang berharga, siapa yang kita cintai? orang yang menghadiahkan atau barang-barang yang dihadiahkan? Tentu pada orangnyakan? Hadiah itu kalaupun disukai pun, tentu tidak melebihi dari cinta kepada orang yang memberinya. Itu yang patutkan? Yang tidak patut ialah mencintai hadiah lebih daripada orang yang memberi. 


Hingga orang itu dilupai dan tidak dipeduli. itulah yang berlaku kini. Allah SWT hadiahkan kita segala macam nikmat. Tiba-tiba nikmat itu yang kita puja dan puji hingga kita tidak peduli dan tidak ingat pada Allah, bahkan menderhakai-Nya pula. Tidak terfikirpun nak kongsikan hadiah Allah itu ke jalan Allah. Semuanya diambil dan digunakan untuk kepentingan diri. Tiada rasa terima kasih pada Allah dan malu pada Allah. Alangkah kejamnya kita ni. Sedangkan haiwan pun tahu membalas budi tuannya, tapi manusia lupa daratan, lupa pada yang menciptakannya. 
Cinta diberi pada harta, anak, pasangan hidup, perniagaan dan lain-lain hingga tiada sedikitpun cinta kita kepada Allah SWT. Pengorbanan hanya pada yang dicintai tadi sehabis-habisnya, namun tiada apa pun yang dikorbankan di jalan Allah. Walhal semua yang dikasihi itu, tidak kekal dan pengorbanan juga tidak berbalas. Jadilah manusia selalu kecewa dalam hidup akibat tersalah memberi cinta. Cinta Agung patutnya diberi pada Allah SWT. Pengorbanan juga dilebihkan untuk Allah. Barulah cinta tidak akan berakhir dan pengorbanan akan dinilai dan diganti. 


"Ya Allah Ya Tuhan ku, berilah aku ilham untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku....


~~ Mensyukuri nikmat Allah dengan tidak mensia-siakan peluang dan ruang yang Allah kurniakan untuk mengecapi kekayaan.. kesenangan.. kebebasan..dan peluang membuat kebaikan dan kebajikan sesama makhluk...adalah salah satu jalan untuk success dunia dan akhirat~~~

Sunday 6 January 2013

tak mungkin hATiku berdusta

Hari ini aku sangat ingin berkongsi kisah seorang hamba Allah yang telah menceritakan kisah hidupnya kepada ku. Siapakah dia biarlah aku rahsiakan.. tetapi.. mungkin sedikit sebanyak perjalanan hidupnya ini boleh diambil sebagai motivasi diri buat mereka yang juga mengalami keadaan yang hampir atau serupa sepertinya… mudah-mudahan… =) … sebelum itu , aku meminta izin kepadanya untuk mengantikan dirinya dengan ‘aku’ agar aku lebih atau dapat menjiwa wataknya dalam kisah ini agar kisah ini dapat di sampaikan dengan lebih baik. insyaAllah… =)

Segalanya bermula disini…. 7 tahun dahulu…. Di pendekkan cerita….

Aku berkunjung ke rumahnya pada cuti persekolah . Dia bukanlah seseorang yang tidak aku kenali tetapi merupakan saudara yang boleh dikatakan bau-bau bacang dengan ku . Seingat aku , kami pernah berjumpa beberapa kali sebelum itu , tetapi, ketika itu kami masih lagi kanak-kanak hingusan(sekolah rendah lagi) ketika dia bersama keluarganya bercuti di kampung ku . Kini… aku telah tingkatan 3 dan dia di tingkatan 4…
Sesubuh di rumahnya….

Selepas solat subuh , aku mengulang hafazan al-Quran seperti biasa. Ketika itu aku telah pun menghafaz beberapa juzuk dari al-Quran di pondok tahfiz . Sedang asyik aku mengaji , tidak ku sedari aku sedang diperhatikan . Untuk beberapa ketika , dan akhirnya, saat aku mengangkat wajah , mata ku bertembung dengannya. Dia hanya menghadiahkan senyuman dan kemudiannya berlalu pergi . Saat itu aku merasakan sesuatu tetapi aku tidak pasti apakah dia . Yang pastinya semenjak dari saat itu , aku sentiasa ada mengambil perkembangan dirinya dari sepupu ku . Kesolehan yang jelas terpancar di wajah dan sikapnya bersama ibu dan adik-beradiknya melahirkan suatu rasa yang sukar untuk ku mengerti . Yang jelasnya , aku sangat mengagumi dirinya dalam diam dan hadir suatu perasaan yang aku pendam bertahun-tahun lamanya.

7 tahun kemudiannya..

Setelah sekian lamanya , kami telah dipertemukan semula di majlis perkahwinan sepupuku. Hati ku menjadi berdebar-debar saat melihatnya. Apakah tidaknya , dia adalah insan yang ku pendam perasaan sejak 7 tahun dulu . Meskipun begitu , segalanya aku rahsiakan daripada pengetahuannya. Masakan untuk meluahkan , untuk menegurnya sahaja aku tidak berani apatah lagi berbual mesra. Senyumannya seperti 7 tahun lalu dihadiahkan kepadaku. Aku membalasnya malu . Semenjak detik itu , dia memberanikan diri untuk menegur ku di ‘facebook’, berkongsi fikrah dan sebagainya. Aku membuat lagak biasa sahaja seperti tiada apa-apa di hatiku terhadap dirinya. Sehinggalah suatu saat…..

“ Masa saya tengok awak mengaji , hati saya berkata.. kan bagus andainya awak boleh jadi seseorang yang halal buat diri saya..?”, saat itu… aku sujud syukur kerana rupanya dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti ku sejak 7 tahun lalu. Siapa sangka… setelah pelbagai insan yang hadir dalam hidup ini , akhirnya aku di pertemukan semula dengan insan yang ada dalam hatiku sejak 7 tahun dulu . Subhanallah… tidak disangka-sangka… Alhamdulillah… sujudku syukur….. =)

Pada permulaan hubungan ini segalanya berjalan dengan baik. Aku dan dirinya berjanji untuk menjaga hubungan ini sebaik mungkin. Dirinya sangat memahami dan menghormati meskipun kami dari golongan yang berbeza. Dia bukanlah seorang ‘al-hafiz’ ataupun dari golongan ‘ustaz-ustaz’. Dia insan biasa. Dari fakulti kejuruteraan. Bagi diriku, dirinya bersederhana dalam kehidupan seharian. Seorang anak yang sangat mentaati kedua ibubapanya. Abang yang bertanggungjawab kepada adik-adiknya. Sangat menghormati orang yang lebih tua. Suka membantu insan-insan yang memerlukan semampunya. Tabah menghadapi ujian dan rajin berusaha. Pada ku , kehadirannya menjadi pembakar semangat di dalam kehidupanku . Dia juga seringkali mengingatkan aku pada cintaNYA… katanya.. biarlah rasa ini kita sandar dan serah kepadaNya… moga Allah mengurniakan yang terbaik buat diri kita… Moga kita dipertemukan dalam redhaNYa… Tiada lafaz ungkap rindu, sayang dan cinta… segalanya kami simpan sebagai lafaz rahsia yang pastinya penuh nikmat dan baraqah andai di takdirkan bersama… kau dan aku 1 rasa… 1 matlamat… mencari RedhaNYa…. Ya Allah.. Aku mencintainya kerana Mu dan kerana agama yang ada padanya…. Kata hati ku yakin….

“Disangka panas hingga hingga ke petang . Rupanya hujan di tengah hari . “

Hubungan ini terhalang apabila ibunya menyatakan dengan alasan bahawa aku telah di anggap seperti saudara. Tambahan pula, ibunya telah berkenan dengan seorang gadis buat dirinya . Gadis itu juga telah sering berkunjung ke rumahnya dan telah memenangi hati ibunya. Tambahan pula , gadis itu juga turut menyukai dirinya . Atas keadaan itu , hubungan ini terhenti sampai di situ sahaja. Aku menyerahkan segala-galanya hanya kepadaNya. Aku membawa diri bersama pengharapan sepenuhnya pada Illahi. Saat itu , hatiku begitu sakit berhadapan dengan keadaan ini. Tetapi aku tahu , hanya Dia sahaja yang bisa menjadikan yang tak mungkin menjadi mungkin…. Beransur-ansur aku cuba menjauhkan diri daripadanya… 1 sms kata-kata dariku sebagai pengertian darinya buat kali terakhir : -

Bismillah… “ bukannya diri ini telah berubah.. bukannya diri ini membenci… bukannya diri ini cuba melarikan diri … bukannya diri ini ingin menjauh… bukannya diri inisudah tidak sudi… bukannya diri ini telah melupakan… bukanlah segala-galanya seperti sangkaan mu… aku masih seperti dulu… hati ini tidak pernah berubah… meskipun layanan dan sikap ku pada mu ini tidak seperti dulu… pada ku , cukuplah diri mu ku semat dalam tasbih doaku.. aku tidak mahu diri mu lalai kerana diri ku… tawa , jenaka , senyuman , telatah ku serta segala-galanya biarlah aku simpan dahulu… akan aku persiapkan diri sehebatnya buat sang halal buat diriku ku kelak… mungkin saja diri mu yang bakal memilikinya , mungkin juga sebaliknya… aku hanya berharap dirimu juga seperti ku.. persiapkan diri sehabis baik buat hari muka… mungkin saat itu nanti andainya milik kita , kau pasti mengerti…Cinta ini bukan suatu mainan… akan ku serahkan sebagai ganti mahar hantaran ku buat diri mu… teristimewa dan terindah… buat ‘Adam’ yang ku nanti…”

Hanya Allah sahaja mengerti segala-galanya... Tak mungkin hatiku berdusta… Aku hanya ingin dirinya… Dipertemukan di dalam redhaNya… bersama melakar impian bersama… Mendidik generasi Islam yang berguna… impian kita adalah sama… berdoalah agar dimakbulkan impian kasih kita… bercinta sehingga ke JannahNYA… insyaAllah…amien….

Lagu Haramkah , Melly Goeslow terus dimainkan berulang-ulangkali… Airmata ini jatuh lagi… Tak mungkin hatiku berdusta…..

Perjalanan ini..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Segala puji bagi ALLAH yang telah menjadikan siang dan malam..
Pemilik segala dilangit dan di bumi..
ALLAHUAKBAR..

Aku bukanlah pemuja alam semesta ini..
Dan aku juga tidak memujinya siang dan malam
Tetapi aku seorang yang sentiasa memuja dan memuji Sang penciptanya..
Aku sangat suka memerhati keadaan sekeliling..
Bagiku , setiap ciptaanNYA bukanlah sesuatu yang sia-sia..
Setiap sesuatu pasti mengandungi pengajaran..
Perhatikan~Nilai~Pastikan ketemui pengajarannya..

BICARA HATIKU...

Haram haramkah aku bila hatiku jatuh cinta..
Tuhan pegangi hatiku biar aku tak jadi langgar..
Aku cinta pada dirinya..
Cinta pada pandang pertama..
Sifat manusia ada padaku..
Aku bukan tuhan...

Haram haramkah aku bila aku terus menantinya..

Biar waktu berakhir bumi dan langit berantakan..
Aku tetap ingin dirimu..
Tak mungkin hatiku berdusta..
Hanya tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin..

Aku hanya ingin cinta yang halal..

Di mata dunia juga akhirat..
Biar aku sepi , aku hampa, aku basi..
Tuhan sayang aku...

Aku hanya ingin cinta yang halal..

Dengan dia tentu atas izinNYA..

by: m.a.m.s

KU SERAHKAN...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Sekadar meluahkan apa yang ada di dalam fikiran dan perasaan ini.Entah mengapa bangun dari tidur hari ini aku merasakan bahawa seakan aku tidak sanggup lagi untuk membukakan mata . Terasa berat sekali. Merasakan begitu penat dan letih mengikut liang lentok duniawi . Meredah onak dan duri . Melawan arus ombak pantai duniawi yg mengganas. Sungguh panjang perjalanan ini. Telah jauh aku berjalan. Telah banyak yang ku temui .Semakin hari semakin aku tidak pasti apakah rencanaNYA. Aku masih mencari-cari jawapan.. semakin hari semakin sukar untuk diterjemahkan.. Apakah sebenarnya ya Allah?? jangan KAU uji sesuatu yang diluar kemampuanku.. tabahkan & kuatkanlah hati ini.. jangan biarkan ku bersendirian..

Kebahagiaan bukanlah milik kita . Segalanya adalah milikNYA .Hati ini juga. Jalan mujahadah itu tidak semudah ringan bibir berbicara. Mengatakan "TIDAK" pada suatu yang sememangnya ada didalam hati bisa sahaja menjadikan diri ini hilang separuh pertimbangan. Berbekalkan iman yang senipis kulit bawang ini aku cuba melakar sebuah ketabahan. Kerna ku tahu segala ketentuan dan rencanaNYA bukan suatu yang sia-sia. Ada hikmah yang tersembunyi. Kuatkan ku ya Allah..

Aku cuba menjadikan situasi ini suatu yang positif. Aku yakin Allah sayangkan aku . Allah tidak ingin lepaskan aku sendirian di saat aku masih hanya mampu bertatih dijalan yang berliku-liku ini. Mungkin telah tiba saatnya untuk aku bangkit dari lena yang panjang . Membina kematangan melalui pengalaman perjalanan ini. Hati ini bukan milikku ya Allah... Ku serahkan segalanya kepadaMU.. Ambillah hati ini.. Sungguh aku tidak lagi mampu untuk menjaganya... Jika hatiku ini tiada nilainya lagi disisiMU.. maka gantikanlah hati yang lain buatku...

"ku serahkan segala ketentuan..
biarlah masa yang berbicara..
dipangku wajah nan layu..
dan aku telah jemu..

Aku tidak mahu berpaling..
Pada yang mengganggu dan menggugat..
Sapanya meletihkan diri..
Hadirnya mengundang penat..

Akan ku serah cinta ini..
Bukan lagi pada manusia..
Kerana cinta martabat itu..
Bersalut segunung kepalsuan dan kepuraan..."

Ku Serahkan pada MU ya Allah...

HIDUP ini susah kita nak DUGA:



✿ Kadangkala kita rasa DEKAT dengan seseorang itu, tapi sebenarnya JAUH.
✿ Walaupun kita dapat BERSAMA dia, belum tentu HATI dia dapat kita SELAMI.
✿ Mungkin kita boleh buat dia KETAWA, tapi kita tidak tahu apa makna SENYUMANNYA.
✿ Bila dia menangis kita rasa kita dapat MEMUJUKNYA, walhal kehadiran kita langsung TIDAK DISEDARI.

#Kita tidak akan tahu siapa KAWAN dan siapa LAWAN.
Sehingga sampai saat kita JATUH TERSUNGKUR..
Adakah tangan DIHULURKAN atau DITINGGALKAN :')

*Maka saya juga tidak pasti,
Adakah saya mampu MENGHULURKAN tangan,
Atau sekadar MENINGGALKAN