Saturday 29 December 2012

KEMANISAN DISEBALIK KEPAHITAN INI

Seberat berat mana pun ujian yang ALLAH beri, ALLAH tidak akan berikan ujian yang melebihi kemampuan hambanya itu. Ujian yang diberi juga, adalah tanfa sayang dan kasih allah pada hambanya. Allah itu maha penyayang  setiap manusia yang allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup dalam dunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata dia langsung tidak pernah ditimpa musibah….

Allah menguji hambanya adalah untuk menguji setinggi mana keimanan seseorang itu kerana dengan ujian itu allah boleh melihat sama ada hambanya itu seorang yang mudah putus asa atau pun tak dalam menerima ujian. Sabarlah duhai insan sahabat .

ADA KEMANISAN DISEBALIK KEPAHITAN INI>>>

Jangan lah kita mengeluh dengan ujian yang allah berikan kerana habisnya satu ujian pasti akan tiba ujian yang baru pula dalam hidup kita. Dekatkan diri dan berdoalah kepada allah agar dikuatkan hati untuk cekal dan tabah dengan setiap ujian yang diberikan ..allah itu tidak pernah berasa jemu dengan setiap rintihan hambanya…ALLAH Itu maha mendengar.

Catatan 29dec2012


Thursday 27 December 2012

Rapuh



detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
 

Monday 24 December 2012

Final Exam 12/13

Assalamu'alaikum wbt..

Tertiarap sorang-sorang atas katil ditemani nota-nota dan buku-buku yang berlonggokan. Dendangan lagu daripada laptop memecah kesunyian, menghilangkan kebosanan dan keletihan menelaah pelajaran. Sesekali, sore throat yang masih belum hilang menyebabkan batuk yang tidak menyenangkan. Tak lupa jugak mainan 'game budak2' yang menguji kekreatifan di samping menghilangkan tekanan.. Macam ni lah suasananya setiap kali tiba musim exam..^_^

Entri kali ni pendek je. Tak boleh panjang-panjang. Nak sambung study pulak jap lagi..=)

Just nak bagitau yang saya sedang dalam fatrah final exam untuk sem ke-1 tahun ke-4, Degree in power system. Bermula semalam (31/12/12) hinggalah 4/1/13..

Jadi, nak mintak ahli keluarga tercinta (Ayah, Mak, adik, adik, ), saudara-mara dan sahabat-sahabat tersayang untuk doakan saya, semoga najah dalam exam ni..=)

Ok, tu je.. All the best jugak kepada anda semua! Semoga dipermudahkan..^_^

walaupun tak laju mcm mota aku tetap sayang

suasana study .
 
 
By: M.A.M.S

Saturday 22 December 2012

sangat-sangat-sangat sibuk..

apa tujuannya tajuk post kali ni? entahlah.. tiba-tiba terasa nak bawa diri ni berfikir sejenak.
bila mana kita rasa saaangat sibuk.. sangat-sangat-sangat sibuk..." dengan assignment, kerja tu.kerja ni.. sampai rasa down..tiba-tiba dalam satu masa tu jadi over sensitip .."

Sibuk ke?

walhal Nabi Muhammad lagi busy kot dari ape yang kita hadapi sekarang.
jujur saya katakan. saya tak layak dengan kalimah 'Sibuk'. seriously.
mungkin sekarang ni rasa pack sangat..tepu sangat-sangat sebab study dah entah ke mana sebab banyak sangat yang saya perlu settlekan..
nak mengeluh? kenapa perlu mengeluh..
sedangkan sebenarnya apa yang kita hadapi sekarang ni bukanlah masalah 'sibuk' atau kerja yang terlalu banyak.
Pernah tak fikir yang masalah tu sebenarnya berpunca daripada diri kita sendiri ?
cuba check balik.
sehari-hari kita ni. berapa peratus yang kita habiskan untuk benda yang bukan-bukan? contohnya ..berfesbuk? twitter? skyping? n..some else maybe watching..running man? *haha..gelabah?*
saya xrasa yang kerja2 tu yang create pressure atas diri saya. padahal pengurusan masa yang sangat kolot dan xprofessional langsung menyebabkan saya tersepit dan tertimbun dalam lambakan kerja yang super Banyak! *wah! hiperbola?*

ini semua salah aku yang tak pandai urus masa.
salah aku.

padan muka.

betapa sekarang ni saya rasa menyesal. menyesal sebab before this banyak masa saya jadikan masa boring. boring. boring. sedangkan masa boring tu yang membuka ruang kepada keadaan yang lagho. *dush! agak terasa  disitu!*

kesimpulannya tiada kata kerja busy atau boring. hanyalah kemalasan yang perlu kita ajar dengan ketegasan.
Oh. How i wish mommy is here,scolding me rite now. huh. =.=

Saturday 15 December 2012

LAWATAN KE CAMERON HIGHLANDS 2012

Nyum.... Stoberi kalau nak yang manis, kena pilih yang warnanya merah yang nak hampir ke maroon tu. Merah gelap. Yang tu manis. Sebab tu orang kata kalau nak makan stoberi manis kena makan kat atas [Cameron Highlands]. Bukan sebab buah tu berlagak diva pandai2 bertukar rasa masa kat tempat sejuk atau kat tempat panas. Tapi sebab yang merah2 gelap macam ni, tak tahan untuk dibawak turun. Yang ni yg dah betul-betul masak ranum. Kalau bawak turun, nanti dia berair kang takleh makan plak. Tapi kalau setakat nak bawak turun ke KL tu rasanya sempat lagi kot. Syaratnya lepas je sampai terus kena sumbat semua dalam mulut. Barulah terjamin kemanisannya. Apa-apapun, manis stoberi ni takde la manis yang macam buah mangga atau buah ciku tu. Manis stoberi still ada masam-masam sikit cuma bezanya sama ada masam tu pekat atau masam tu rasa nipis je.

Tuesday 11 December 2012

Peliharalah Aib Orang Lain..>>


Setiap orang ada aib masing-masing. Ada rahsia yg disembunyikan dari orang tua kita sendiri, dari sahabat kita sendiri mahupun dari kawan2 kita. Namun, benda yg tersembunyi ini, kadang2 kita pun akan terlepas pandang jugak, sampailah diketahui oleh kawan kita atau orang lain. 
Jika kita memegang aib insan.. seluruh MARUAH dirinya berada di tangan kita, kita punyai PILIHAN.. sembunyikan atau sebarkan..
SEBARKAN :
~kita akan rasa puas.. 
"Arghh.. baru padam muka dia, jahat sangat!!"
SEMBUNYIKAN :
~kita ibarat memendam jiwa rasa..
"Erm.. Nak cerita ke tak nak? Kalau aku cerita pasal dia, jatuh maruah kawan aku plak"
Mana pilihan kita? Itu pilihan korang.. tapi ingat, aib kita jua di tangan insan lain.. dan ingatlah JANJI Allah..jika kita sembunyikan aib saudara kita, maka nanti Allah sendiri akan MENUTUP aib kita..insyAllah.. 
So, moral of the story janganlah sesekali buka aib insan lain. Aku berharap sangat agar aib aku, tidak dibuka di Padang Masyar kelak.. Malunya.. kalau semua orang tahu, jahat dan dosa aku. Kat manalah aku nak letak muka aku nanti?
 
@bilik komputer FKEE ump 

Apa yang salah Dengan Couple >>>

1. Masa couple, sebelum berpisah, si awek akan salam si pakwe. Siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang solehah. Lepas kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja, si isteri tak salam cium tangan suami pun.

2. Masa couple, si awek kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si pakwe dulu. Kalau si pakwe tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhaka la kalau ingkar. Abis tu, dengan mak bapak boleh plak derhaka? Lepas kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun kebenaran suami nak keluar.

3. Masa couple, pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak rambut. Bila berwebcam ataupun hantar gambar kat pakwe, tak cover pun rambut dan aurat. Kononnya, nanti dia nak jadi suami jugak. Jadi halal jugak nanti. Kononnya, semuanya untuk abang sayang seorang.

4. Bila couple, masa dating si awek terpaksa bagi si pakwe pegang tangan, pegang pinggul, cium-cium sikit. Bukti cinta kononnya. Sanggup berkorban jiwa, raga dan dara. Takut kalau tak bagi, si pakwe tinggal cari orang lain. Bila dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi dah. Dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan, ditolak mentah-mentah. Dosa woo siksa batin.

5. Masa couple, bila melepak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita kehebatan pakwe masing-masing. Bila dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita keburukan dan kekurangan suami masing-masing.

6. Masa couple, si pakwe cakap itu, si makwe pun ikut je. Konon-kononnya nak jadi suami yang tegas la nanti. Bila dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi queen control. Si suami ikut je telunjuk si isteri. Si suami berdosa sebab dayus, si isteri berdosa sebab control suami. Mana taat setia sebelum kahwin dulu, wahai perempuan? Mana sifat tegas dan kepimpinan sebelum kahwin dulu, wahai lelaki?

Jangan bazirkan perasaan pada yang bukan pasti milik kita, jagalah diri dan simpan untuk yang sah sahaja.

Credit: Diarihati.com b

Bersangka Baik, Kerna Itu Yang Terbaik..

Bersempena hari jumaat yg mulia ni.. aku nak kongsi satu cerita dengan korang semua. Cerita ni, aku tak pasti korang pernah dengar ke tak.. tapi yg pasti aku akan cerita kat korang hari ni.. Ini bukan cerita drama tv3 k.. ni cerita betul yg tidak dpat dibuktikan kebetulannya..
Kisah seorang bergelar imam muda dikampungnya...yang mempunyai satu tabiat dimana amat gemar mencampuri rakan-rakan sebaya yang bergelar penagih dikampungnya.. Tabiat imam itu telah menimbulkan kecurigaan orang-orang kampung..sehinggakan si Imam itu telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai imam di masjid..atas alasan takut menimbulkan fitnah..

Pada suatu hari.. dikala imam muda tersebut sedang duduk bersantai sembang dengan satu kelompok penagih dadah..tiba-tiba diserbu oleh pihak polis diatas laporan polis yang dibuat oleh penduduk kampung...Imam muda tersebut bersama-sama dengan para penagih dadah digiring ke balai polis..

Semasa sesi soal siasat...

Imam muda tersebut disepak terajang dan ditengking oleh anggota polis tersebut..

"BUAT MALU JE KO NI..NAMA SAJA BELAJAR AGAMA..TAPI BERGAUL DENGAN GOLONGAN SAMPAH MASYARAKAT!"

Kemudian...salah seorang penagih tersebut bangun cuba mempertahankan imam muda tersebut...dan berkata..

"BRO...DIA NI (IMAM) SELALU LEPAK DENGAN KITAORANG...BUKAN DIA NAK BELAJAR HISAP BENDA TU BRO...DIA DUK SEMBANG DENGAN KAMI CERITA PASAL TUHAN BRO...LU JANGAN NAK MARAH2 SAMA DIA...SEKALI GUA BOOO BARU LU TAU!...LU APA TAU...YANG LU TAU ...TANGKAP KITAORANG PASTU..MAKI HAMUN...ADA KORANG DATANG KAT KITAORANG...CERITA PASAL TUHAN?"
--------------------------------------TAMMAT-----------------------------------------------------------
Ok.. melalui cerita ni, apa pengajaran yg boleh kita ambil sebagai input dan apa yg boleh kita kluarkan sbgai output..?
Pengajaran penting dlm story nie adalah, kita jangan la tinggalkn kerja2 dakwah, dan jgan pulak menjadi penghalang bg org lain utk berdakwah...tak kan dakwah kita hnya untuk mnyeru org2 yg dah baik sahaja, saper lagi yg akan ajak golongan2 yang lagha nie plak? kita tetap kna lakukan dakwah utk diorg, wlaupun usaha nmpak seperti sia2 tp ketahuilah, Allah sntiase melihat usaha kita ..
Hopefully ..  kita semua, jadilah sperti kisah burung kecil yg punya usaha untuk memadamkn api yg membakar nabi Allah Ibrahim... walaupun kita lihat benda ni tak masuk akal.. namun ketahuilah.. Allah sentiasa ada untuk menolong orang yg istiqamah dalam sesuatu perkara..

Saturday 8 December 2012

Jika anda betul - betul sayang ibu bapa anda maka

Jika anda sayang pada ibu bapa anda maka buktikan ia bukan sekadar kata - kata!

Jika anda betul - betul sayang ibu bapa anda maka :-



1) Jangan tinggal solat dan sentiasa doakan ibu bapa anda!

2) Jangan hisap dadah atau apa - apa yang berkaitan dengannya!

3) Jangan jual dadah atau apa - apa yang berkaitan dengannya!

4) Jangan berjudi!

5) Jangan berzina!

6) Belajar bersungguh - sungguh hingga berjaya!

7) Jangan membazir wang ibu bapa atau pinjaman anda kepada perkara yang tak bermanfaat!

8) Jangan jadi mat rempit atau minah rempit atau yang seangkatan dengannya!

9) Jangan menjual tubuh badan anda kerana terlalu ikutkan nafsu atau kononnya kerana cinta yang kononnya ikhlas! Puiiii!!!!

10) Jangan jadi homoseksual dan jangan kahwin dengan individu yang sama jantina!

Memang ada banyak lagi perkara yang kita tidak patut lakukan tetapi senang cakap sebelum anda melakukan apa - apa perkara tolong lah jangan pentingkan diri sendiri! Tolong lah ingat wajah ibu bapa kita! Tolong lah jaga hati mereka! Tolong lah hormatkan diri mereka! Tolong lah jaga maruah mereka! Tolong lah bahagia kan mereka! Tolong lah sayangi ibu bapa anda! Tolong lah jangan derhaka pada mereka kerana jika mereka tidak redha dan tidak maafkan perbuatan kita maka selamanya kita hidup tanpa rasa aman dan ketenangan di dunia mahu pun di akhirat sana.


P/S : Semoga Kita Semua Dijauhi Daripada Terlibat Dalam Melakukan Perkara - Perkara Negatif Seperti Di Atas! (^_^)Y