Monday 26 November 2012

Petua Belajar Effektif / Last minit

Salam :)
post niy saya nak cakap pasal cara belajar dengan berkesan.
tau tak dulu saya tak penah terpikir nak study smart..
tapi lepasje lecture saya bagi "hidayah" barulah saya tau mcm mne nak score dalam exam dengan mudah je.
memang nak study tu kene amik mood dulu tapi jangan la smpai tak balance mase study korang tu..
kalau pelajar SPM/IJAZAH/DIPLOMA korang at least kene buat revision 2 jam/bulan untuk 1 mata pelajaran tau..
ok..niy antara tips study :
1. buat nota ringkas setiap kali topik yang korang belajar tu habis
2.tengok learning outcome..korang bace ape yang die tulis kat situ je..sebab soalan exam tak kan lari nyer..
3.rajin jumpe cikgu/pensyarah
4.buat mindmap untuk subjek yang menghafal
5.banyak kan buat latihan untuk topik yang lemah
6. seboleh nya jangan buat revision terlampau banyak subjek dalam 1 hari
7. selalunye subjek pengiraan buat selepas mandi..otak akn jadi cerdas..
8.ringkaskan buku rujukan sehingga paham (kalau boleh)
9.kalau boleh warna warnikan tulisan :)
10.hafal formula + definition time buat latihan dan sebelum tidur..
ok korang kadang2 ade yang suke ikut tips sendiri kan..terpulanglah kepada korang sebab ni just cadangan je..huhu tapi kawan saya gune cara niy..memang berkesan jugak la..kalau korang prefer buat study group buat je tapi saya tak galakkan sebab study group 97% takan study asyik berborak jer..huhu
ok bagi yang suke study last minit niy antara tips nyer:
1. buat latihan topik yang paling banyk markah / yang suka saje..
2.hafal formula yang basic dan derive je..
3.jangan buat nota ringkas last2 minit sebab korang da tak kan sempat da...just tengok kat buku rujukan bahagian belakang tu ade summary die..korang bace tu je..
4.short note kalau ade bace tu je..
5.senaraikan formula yang ade
6.hafal yang mane paling senang nak ingat.. yang susah tu korang just ingat key word die je..
7.subjek yang menghafal tu make sure 3 jam before exam korang da hafal..
8.1 jam before exam jangan bukak buku/nota/short note/ just tengok formula dan ape yang korang hafal tu cube ingat balik..kalau korang bukak buku nanti panik..sebab definition selalu berbeza..buat ayat sendiri je..
ok ni la antara tips study yang saya gune kan time saya belajar..memang kadang2 susah kite nak ikot.
tapi kalau buat hari2 nanti akan jadi rutin harian..tak mustahil kita boleh berjaya :)
de papehal komen je

sebelum terlupa, kalo lah kan study last pun kita malas,tapi kita still boleh  berjaya .........berdoalah pada allah supaya buka hijab dengan sendiri nye boleh jawab...:P

Saturday 24 November 2012

Jodoh itu Rahsia Allah

School Holiday .. (Tak suka school holiday) .. tapi kalau cuti semesta mohd afira suka hahah.. Budak-budak tak pergi sekolah, guru-guru makan gaji buta. erk. Banyak kenduri kawen.
Anyway, congratulations to all of you friends yang baru kawen, yang baru tunang, yang baru dapat baby, yang akan bertunang, yang akan kawen & yang bakal dapat baby. Congratulations to all of you.
Too many invitations, of course la banyak tak pergi lagi-lagi banyak kat Kelantan. Bila umur dah macam ni, umur just nice, so ramai la yang meninggalkan status single masing-masing. Sekaligus dengar orang ni nak kawen, nak tunang & macam-macam. I kat sini hanya mampu wish congratulations. Sorry banyak tak dapat pergi. Just wanna wish congratulations globally. Tak sempat nak wish sorang-sorang.
Jodoh itu Rahsia Allah
Syukur jodoh korang sampai dulu, syukur rezeki korang sampai dulu. Yang lain-lain, banyak-banyak berdoa minta dengan Allah. Bagi yang lelaki, jadilah suami yang soleh & bagi perempuan, jadilah isteri yang solehah. Jaga rumahtangga betul-betul. Perkahwinan tak semudah yang di sangka. Belum kawen lain, lepas kawen lain. Ingatlah, perasaan manusia boleh berubah. Sama-samala jaga perasaan masing-masing. Semoga rasa cinta, kasih & sayang tu kekal selamanya & makin bercambah dari hari ke hari.
Bagi yang baru kawen, bagi yang dah kawen; Jangan rasa kita ni dah lebih dari orang lain sebab kita dah kawen. Jangan rasa bangga & jangan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan pada orang yang belum kawen. Jangan rasa hebat, jangan rasa berlagak bila jodoh korang sampai dulu. Beringatlah, jangan takbur. Anything can happen in the future. Pernah jumpa orang-orang macam ni. Berlagak habis bila dah kawen, sebab diaorang rasa hidup diaorang dah sempurna. Bila dah jadi pape, diaorang sendiri yang malu..
Carilah, pilihlah orang yang betul-betul sayang kita, terima kita seadanya, orang yang jaga hati kita & orang yang membahagiakan kita. Jangan buat keputusan terburu-buru. Bila dah kawen, bukan senang-senang nak undur balik. Kalau couple je memangla senang untuk putus, tapi bila dah kawen, tak semudah tu untuk putus.
Jodoh itu ketentuan Allah…
Kawen ni bukan 2 3 4 kali seumur hidup, kalau boleh hanya kawen sekali seumur hidup. Semoga ikatan perkahwinan kekal selamanya & tak terputus di tengah jalan. Tapi jika itu takdir Allah, sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Jangan salahkan takdir Allah. Redha & terima je. Tak semua ikatan kekal. Tak guna mempertahankan sesuatu yang sememangnya bukan milik kita..

Jodoh itu Rahsia Allah…

Relax lah. Baru 23++.. Tak masuk 24 pun lagi hehe. Buat apa kawen muda-muda, awal-awal kalau tak kekal. Biarlah kawen lambat sikit asalkan kekal selamanya..
 
project sarjana muda baru masuk ch3.....pening2 simulation ic AL8806 xda dalam Pspice LED lamp pun xda dlm Pspice software sakit hati betul hihihi..... 
 

Wednesday 21 November 2012

Pemain Bola Sepak, Ronaldo Lelong Kasut Emas Untuk Palestin

PEMAIN BOLASEPAK TERMAHAL DI DUNIA RONALDO PERNAH MELELONG KASUT EMAS YG DIMENANGI SEBANYAK 1.4 JUTA EURO KPD PALESTINE UTK PEMBINAAN SEKOLAH.


Hasil penjualan Kasut Emasnye itu untuk di dermakan kepada kanak2 Palestine. Apabila ditanya mengapa beliau berbuat demikian "Saya tidak suka kanak2 itu dilakukan sebegitu sehingga mereka meninggalkan dunia mereka secara terpaksa".

Cincin 24 juta isteri PM tak mahu derma? :)

Apa sumbangan kita pula untuk Palestine?



Jika tidak mampu wang ringgit sentiasalah mendoakan kebaikan, pertolongan diberikan kepada seluruh umat islam di bumi Palestin. 

Bersamalah kita mendoakan kebaikan ummat dan  Ronaldo. Semoga allah memberi kpdnya hidayah untuk memeluk islam,  amiin.

 
"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."~ Ali Imran: 169.

Pemain Bola Sepak, Ronaldo Lelong Kasut Emas Untuk Palestin

PEMAIN BOLASEPAK TERMAHAL DI DUNIA RONALDO PERNAH MELELONG KASUT EMAS YG DIMENANGI SEBANYAK 1.4 JUTA EURO KPD PALESTINE UTK PEMBINAAN SEKOLAH.


Hasil penjualan Kasut Emasnye itu untuk di dermakan kepada kanak2 Palestine. Apabila ditanya mengapa beliau berbuat demikian "Saya tidak suka kanak2 itu dilakukan sebegitu sehingga mereka meninggalkan dunia mereka secara terpaksa".

Cincin 24 juta isteri PM tak mahu derma? :)

Apa sumbangan kita pula untuk Palestine?



Jika tidak mampu wang ringgit sentiasalah mendoakan kebaikan, pertolongan diberikan kepada seluruh umat islam di bumi Palestin. 

Bersamalah kita mendoakan kebaikan ummat dan  Ronaldo. Semoga allah memberi kpdnya hidayah untuk memeluk islam,  amiin.

 
"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."~ Ali Imran: 169.

Saturday 17 November 2012

Orang yang pertama.....

1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2.Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3.Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5.Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6.Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11.Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat mimbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA


24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29.Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW



rujukan blog: http://bjue.blogspot.com/

Wednesday 14 November 2012

Majlis pertunangan adik aku

assalamuaikum w.b.t
pada hari raya korban ke-2 (27/10/2012)
majlis pertunangan adik aku yang no3 lelaki
anuar & yati

kita tengok gambar lar ye sebab sangat-sangat tidak larat untuk menulis;

 ma dan anuar (dalam kereta masa nak pergi majlis bertunang)

ma & yati (harap-harap yati ni dapat menjadi menantu yang pandai jaga hati mama aku)

waris warah sebelah ma dan abah aku 
 aku,yati,nuar & jimy (jimy kawan kepada aku dan yati )

kesimpulan: aku salin balik apa yang dalam gambar di atas "selagi belum halal kita masih punya jarak''

p/s: gambar abah tak da pun macam mana boleh tak ambik
kepada ma semoga dapat menantu yang memahami dan boleh jaga mama dimasa sakit deman dan masa tua nanti...amin
kalo bakal isteri anuar sibuk dengan kerja,xper jangan risau bakal isteri abang long (afira) kan adahaha mula nak perasan lar ni,
next2
anuar nanti kalo dah kawin jangan lupakan ma dan abah ek...kat abang long xper nak lupa pun abang long xkisah hahaha :P

sekian saja disini.

Aku rindu Nenek..


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

            Masalah o0h masalah .. Kau memang tak habis-habis ganggu hidup aku kan .. Err bunyinya mcm banyak betul  masalah aku kan.. Haha .. Abaikan saja ayat keluhan aku tu..

Hidup Kene kuat bro,

Hidup mesti Happy go lucky bro,

Hidup ni memang tak lari daripada masalah,

Tiap masalah itu ada jalannya,

Kesukaran dan rintangn hidup itu mematangkan kita,

Errr ,, Takkan aku dah lupa dengan ayat-ayat motivasi aku sendiri pada kawan-kawan aku ketika mereka memerlukan khidmat motibasi aku ? Kepada sesapa nak khidmat motivasi, boleh la sms ON NASIHAT ke 0134266.... Haha.. okay tak lawak pn..

Dikala diri ini kehilangan motivasi, diri ini memerlukan sokongan orang lain dari belakang untuk melahirkan semula motivasi itu.. Pada aku, tempat aku mengadu ade 4 stage :

  • Stage yang pertamanya mestilah Allah tempat aku mengadu .. Dia tak pernah tinggalkan aku walaupun aku sesusah mana.. TQ Allah


  • Stage ke-2  tempat aku mengadu  ialah ibu aku, ayah aku,.. Antara ibu dan Ayah mestilah ibu lg best, ibu lg memahami anaknya ini.. Syukur alhamdulillah aku dikurniakan ibu bapa yg best..


  • Stage ke-3 tempat aku mengadu ini dah takde orangnye kat dunia ini.. Nenek sebelah ibuku, Al-fatihah buat arwah..

  • And the last stage baru bestfriend aku, sahabat handai dan kawan-kawan..


Dipagi hari raya .. Ke tempat persemadian nendaku tercinta.. Aku  kunci motor dan terus bergegas kesana.. dengan keluarga tercinta.

*************************



Sungguh hening suasananya.. angin sepoi-sepoi bahasa ,cuaca redup.. Walaupun hanya terdapat rumah-rumah bertiang dua disitu, tapi suasananya cukup nyaman, indah, dan cukup menenangkan jiwa.. 





Baru ku tahu mengapa hati ini mengajakku kesana, dia merindui  orang yg dulunya pernah menjaga, mengasuh dan mendidik diriku ini menjadi manusia .. 




Biarpun yg tinggal hanyalah dua nisan, 

Tapi cukuplah untuk mengubat rindu hati ini dgn kunjungan dan ayat-ayat suci Al-Quran buat dia disana... 
cukuplah untuk mengubat rindu hati ini dgn mengadu di atas makamnya .. Harap dia bisa dengar aku..





Dikala hatiku  mengadu , dadaku sebak, air mata jadi penemanku.. Aku biarkannya mengalir membasahi tanah makam .. Biar dia tahu aku sangat rindukan dia .. Perlukan dia .. 

*****************************

Alhamdulillah, kini hati aku sedikit tenang.. Terima kasih nek =) 

Sebab itu arwah tetap menjadi orang yg berada di stage ke-3 tempat aku mengadu walaupun dah beberapa bulan meninggalkan kami........ Aku yakin dia juga merinduiku disini..


p/s : Tak salah kan laki gugur air mata ..
 nenek=mok
Mok afira rindukan mok,hari2 afira doakan mok,dulu afira pernah merajuk dengan mok...aku rasa aku lah cucu yang mok paling sayang hihihihi (cucu yang lain jangan dengki ye)
 
SEKALI LAGI AIR MATAKU GUGUR DEPAN  laptop

Tuesday 13 November 2012

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Salam buat semua...

Sedaq xsedaq kita dah nak masuk tahun  baru tau... Bagi yang belum tahu, Muharram adalah tahun baru bagi umat Islam... So, tahun baru, buku amal jariah pun buka hat baru lah...hehe... buku lama camana...huhu


Selamat Menyambut Maal Hijrah

Jadi, apa kata petang ni selepas masukknya waktu Asar, kita baca doa Akhir Tahun sebanyak 3 kali dan berdoa supaya semua dosa-dosa kita sepanjang tahun ni diampunkan. InsyaAllah...



And then lepas masuknya waktu Maghrib, kita baca pula doa Awal Tahun 3 kali dan berdoa supaya segala dosa-dosa kita tahun akan datang diampunkan dan dihindarkan diri dan juga dilindungi diri dari melakukan dosa. InsyaAllah...

Monday 5 November 2012

i love *******.

 
harap maaf sebab gambar ini nampak sangat edit (aku seorang yang tidak pandai nak edit gambar)

aku teramat la addicted dgn product i love ni..
klu boleh nak semua benda yang ada tulis i love ni..
baju??
dah ada sedikit koleksi.. masih mahu mencari tambahan..
tengok topi ni sweet gila..
sbb apa??
sbb i love *******..
hahaha..
sgt suka sgt suka..

I LOVE
ump.pekan.6.nov.2012.11.10am

Saturday 3 November 2012

Lawak : Sex Malam Pertama




Seorang lelaki bernama Baskon yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, Abon.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Baskon. "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Abon ingin tahu.

"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan."

"Ho oh."

"Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau!" Abon terperanjat. "Bagaimana? Isteri kau marah?"

"Itulah masalahnya," Baskon menjawap. "Dia malah memberikan pulangan wang RM 25 kat aku!"

Moral : Semua Amalan Yang kita Lakukan Pasti Dibalas

Friday 2 November 2012

Pendaftaran BR1M 2.0 1

Pendaftaran BR1M 2.0 1

PUTRAJAYA 8 Okt. - Pendaftaran mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bagi pemohon baharu dan orang bujang yang layak akan dibuka mulai 1 November ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Menurutnya, pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang yang disediakan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pejabat daerah serta pejabat pembangunan persekutuan selain dalam talian.
Bagi penerima BR1M yang lalu, mereka tidak perlu lagi memohon kerana akan layak secara automatik menerima BR1M 2.0 yang dijangka diagih awal tahun depan.
Bagaimanapun, kata beliau, penerima BR1M lalu yang ketua keluarga mereka meninggal dunia atau berlaku penceraian, diminta mendaftar semula pada 1 November ini bagi melayakkan mereka menerima bantuan BR1M 2.0.
"Namun kami tetap buat pemeriksaan, mungkin ada yang perlu pengubahsuaian, mungkin ada kes-kes penerima BR1M tahun ini yang dah meninggal dunia. Kalau ketua keluarga dah meninggal, isteri masih boleh ambil (BR1M 2.0)," katanya," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Pada pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BR1M 2.0 yang turut diperluaskan kepada orang bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan kurang RM2,000 yang melayakkan mereka menerima RM250.
Bagaimanapun pelajar institusi pengajian tinggi tidak layak menerima BR1M 2.0 sebaliknya mereka akan menerima Baucar Buku 1Malaysia juga bernilai RM250.
BR1M tahun ini menyaksikan kerajaan Persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.2 juta isi rumah membabitkan peruntukan kira-kira RM2.2 bilion.
BR1M 2.0 pula membabitkan peruntukan RM3 bilion dengan tambahan penerima kira-kira 2.7 juta individu bujang.
Mengulas lanjut, Ahmad Husni berkata mereka yang tercicir daripada senarai BR1M yang lalu juga layak memohon BR1M 2.0.
Menurutnya, golongan warga emas yang tinggal sebatang kara turut layak menerima bantuan tersebut.
''Samalah dengan isi rumah yang gagal menerima bantuan BR1M 1.0 atas sebab-sebab tertentu,'
Kata beliau, bagi memastikan hanya yang benar-benar layak menerima BR1M 2.0, kementerian itu akan membuat semakan dengan agensi berkaitan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan LHDN.

UNTUK BORANG KLIK SINI : https://ebr1m.hasil.gov.my/